MAKAN-MAKAN DI RESTORAN ZAITUNA SELEPAS LONG CALL

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK beberapa hari ini hati asyik berdebar-debar dan tak putus berdoa agar pasukan yang membawa bantuan ke G, sampai dengan selamat. Tapi, awal pagi tadi terasa terlalu berdukacita apabila 13 rakyat Malaysia yang menyertai Sumud Flotilla telah ditawan. Hanya Ardell sahaja yang masih selamat walaupun hilang dari live namun kapal yang Ardell naiki masih ada dalam jejak. Ya Allah, berilah bantuan kepada mereka. Mereka ke sana bukan sebagai pengganas tetapi memberi bantuan kemanusiaan. Semoga mereka tidak diapa-apakan, Aminnnn Ya Robbal Alaminnn. 



Selepas selesai Long Call, anak saudara Sk, Izzat di Mahkamah Sivil semalam, kami ke Kompleks Mahkamah Tinggi Johor Bahru pulak untuk berfoto kenangan. Puas bergambar, kami ke Restoran Zaituna di Taman Tasek pula untuk acara makan-makan.


Sepatutnya PI akan join makan tengahari di sini tapi dia sibuk pulak semalam dengan kerja hakiki. Kira macam tak cukup korum la ni. Along pun tak dapat datang, kata Angah.


Macam biasa la, dorang ni wajib pesan Kunafa tapi kenapa kunafa dia Sk rasa dah tak macam dulu. Macam rasa ubat (mungkin ada bahan pengawet). Tapi, Iman kata, okey jer sedap, hehe.


Caramel Pudding. Yang ni rasa dia guna agar-agar, kalau guna telur sepenuhnya, tekstur lagi lunak.


Tak tahulah apa nama makanan ni, macam salad yang dicincang halus, sedap jugak, Sk makan bersama nasi.


Aiskrim Strawberry dan pudina kot yang hijau tu.


Shawarma dan fries.


Ambil set dulang. Set ni ada tiga jenis nasi dan lauknya kambing serta ayam.


Set kebab ni ada kambing panggang, daging lembu dan ayam yang dipanggang juga.


Nampak meja depan punya Alpukat, kami pun terpikat.


Nak makan, ceduk dari dulang, makan dalam pinggan masing-masing. 


Pesan minuman dalam jug juga.


Cik Ani tiga beranak.


Jempuit!


Lepas tu, sambut anniversary Angah pulak yang ke 26 kot.


Indah buat Kek Batik dan satu lagi tu pistachio cake beli kat situ jugak.


Kita makanlah kek pulak jangan tidak.


Sedapppp kek Indah buat. 

Terima kasih Master Izzat semasa chambering yang belanja kami semua. Semoga bertambah-tambah lagi rezeki wang dan kesihatan puan sekeluarga, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wahhhh master yang belanja. Dapat retain di firm lama tak?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!