Assalamualaikum WBT
NAK menyandar sekejap ni, baru balik dari Kong Kong, Masai. Pagi tadi, Sk dan PI bersarapan di Medan Selera Taman Universiti. Semalam, kami sarapan Mi Goreng Daging yang Sk tapau beberapa hari lepas dari kantin, Sk panaskan dan Sk beritahu, esok (hari ni), Sk nak sarapan di luar. Tu yang hari ni sarapan di kedai. Itupun dah sampai ke Jalan Pontian menuju ke arah bandar masih belum dapat keputusan nak sarapan kata mana yang betul-betulnya. Akhir kata, pilih sarapan di Medan Selera Taman U.
Menyesal jugaklah sarapan kat situ. Jenuh menunggu roti canai sekeping dari air dalam cawan tu panas sampai dah jadi sejuk. Bukan suam lagi tapi dah sejuk. Air tu dari penuh gelas sampai dah tinggal setengah cawan, roti canai masih belum sampai, huhu. Ni pertama kali la kami sarapan kat sini. PI mungkin pernah datang kot sarapan dengan Iman.
Dari Taman U, kami berpatah balik ke Jalan Pontian menuju ke Bandar Pulai Jaya, masuk lebuhraya menuju ke Kong Kong, Masai. PI kata, dah lama tak makan ketam nipah. Padahal ada jer kot ketam nipah kat pasar Taman U tapi saja nak tekan minyak jauh sikit sampai ke Masai, hahaha.
Jeti Kong Kong ni dah tak meriah macam dulu ek. Dulu dekat tepi ni ada orang jual ketam, dah tak ada dah. Tinggal kedai nasi lemak jer. Itupun tak nampak ada jualan nasi lemak daun simpor.
Nampak selamba aje anak-anak orang asli langkah sampan yang sedang terolang-aleng atas air pasang.
Tinggal sebuah sahaja gerai pembekal makanan laut yang masih beroperasi dekat jeti ni.
Ketam penuh dengan tong ni. Tong besar gedabak.
Ketam besar bas, tapi dia kata ketam ni tak ada isi sangat.
Kerang besar gedabak jugak!
Kerang besar macam ni masak rendang sedap kot. Tapi, Sk kurang gemar.
Tiga ekor ketam nipah ikut balik rumah. Ni adik tu la tukang pilihkan yang mana banyak isi. Kami tak pandai, takut jugak nak tekan-tekan kat insang dia tu takut melompat, hahahaha.
Rindunya jalan kong kong. Cie dulu belajar kat poli tu. Besar betul kerang tu. Sedap yang kecik2 je kerang.
ReplyDeleteItu la, pernah sekali beli, tak berapa sedap la. Oh, Cie dulu belajar PIS ya. Ingatkan Cie kerja awal² dulu kat JB, rupanya belajar pun sama.
DeleteSaya tak pernah makan ketam nipah, walau pun kat tepi jalan on the way ke rumah, selalu ada orang jual petang-petang baru tangkap. Kong kong tu, saya terbaca Hong Kong. Nampak benor spek kena tambah power.
ReplyDeleteOh, kalau kat tepi² jalan rumah sy kadang ada jual jugak tapi kami tak beli yg tu sebab kalau dekat tepi² jalan rumah sy ni sama ada ketam bangkang atau ketam batu.
DeleteUnik nama tempat tu, Kong Kong. Dari mana la asal nama tu ye... Setahun PH pun ketam ni tak byk isi tapi katanya manis nak² jika dibuat sup. Kita cakap je, tapi tak pernah pun makan haha
ReplyDeleteSelamat masak ketam SK.
ReplyDeleteKalau pandai pilih, memang penuh isi ketam. Saya pun tak pandai pilih ketam.
Ketam dh masak ke blom tu kak? seumur hidup sy mmg x pernah masak ketam... hihi... sbb mmg bkn penggemar ketam... hihihi.. tp pernah mkn ketam MLCA arwah mak sedara masak... fuh time tu la baru merasa kepuasan mkn ketam... sekali tu je la
ReplyDeletebesarnya kerang yg akak pegang tu... pebret sungguh klu dpt kerang besar2
ReplyDeletekatanya kalau nak isi ketam banyak time bulan mengambang penuh. Petua orang tua2 le. Kerang kalau besar sangat macam liat kalau makan. Tapi kalau buat rebus buat cecah dengan sambal kicap mesti sedap kut. Kerang kecil2 buat sambal sedap
ReplyDeletebestnya beli ketam...SA selalu beli ketam bunga jarang beli keta nipah
ReplyDeletelama dah tak makan ketam nipah. kalau ketam bunga dia banyak isi time tengah bulan islam kan? kalau ketam nipah camne ek nak tau?
ReplyDeleteHilang mood nak makan kalau kena tunggu lama-lama ni. Tapi roti canai tu kalau sedap berbaloilah tunggu. Kalau tak sedap lagilah kuciwa. Dah kurang pembekal ni tak ada saingan mesti dorang boleh naikkan harga.Geram tengok kerang tu. Besar betul! Kalau rebus pun sedap dah tu.
ReplyDelete