Assalamualaikum WBT
NAK menyandar sekejap ni, baru balik dari Kong Kong, Masai. Pagi tadi, Sk dan PI bersarapan di Medan Selera Taman Universiti. Semalam, kami sarapan Mi Goreng Daging yang Sk tapau beberapa hari lepas dari kantin, Sk panaskan dan Sk beritahu, esok (hari ni), Sk nak sarapan di luar. Tu yang hari ni sarapan di kedai. Itupun dah sampai ke Jalan Pontian menuju ke arah bandar masih belum dapat keputusan nak sarapan kata mana yang betul-betulnya. Akhir kata, pilih sarapan di Medan Selera Taman U.
Menyesal jugaklah sarapan kat situ. Jenuh menunggu roti canai sekeping dari air dalam cawan tu panas sampai dah jadi sejuk. Bukan suam lagi tapi dah sejuk. Air tu dari penuh gelas sampai dah tinggal setengah cawan, roti canai masih belum sampai, huhu. Ni pertama kali la kami sarapan kat sini. PI mungkin pernah datang kot sarapan dengan Iman.
Dari Taman U, kami berpatah balik ke Jalan Pontian menuju ke Bandar Pulai Jaya, masuk lebuhraya menuju ke Kong Kong, Masai. PI kata, dah lama tak makan ketam nipah. Padahal ada jer kot ketam nipah kat pasar Taman U tapi saja nak tekan minyak jauh sikit sampai ke Masai, hahaha.
Jeti Kong Kong ni dah tak meriah macam dulu ek. Dulu dekat tepi ni ada orang jual ketam, dah tak ada dah. Tinggal kedai nasi lemak jer. Itupun tak nampak ada jualan nasi lemak daun simpor.
Nampak selamba aje anak-anak orang asli langkah sampan yang sedang terolang-aleng atas air pasang.
Tinggal sebuah sahaja gerai pembekal makanan laut yang masih beroperasi dekat jeti ni.
Ketam penuh dengan tong ni. Tong besar gedabak.
Ketam besar bas, tapi dia kata ketam ni tak ada isi sangat.
Kerang besar bas!
Kerang besar macam ni masak rendang sedap kot. Tapi, Sk kurang gemar.
Tiga ekor ketam nipah ikut balik rumah. Ni adik tu la tukang pilihkan yang mana banyak isi. Kami tak pandai, takut jugak nak tekan-tekan kat insang dia tu takut melompat, hahahaha.
Rindunya jalan kong kong. Cie dulu belajar kat poli tu. Besar betul kerang tu. Sedap yang kecik2 je kerang.
ReplyDelete