Assalamualaikum WBT
PAGI tadi, sampai dekat simpang keluar menghala ke arah Gelang Patah, gerimis mula mengundang. Ramai penunggang motosikal berhenti di kiri jalan untuk menyarung baju dan seluar hujan. Gerimis tadi mula bertukar lebat. Masuk sahaja Jalan Tampoi, beberapa kawasan rendah sudah digenangi air. Ini maknanya Tampoi dah hujan lebih awal. Sampai pejabat Sk terpaksa buka payung, sebab memang lebat hujan, sampai sekarang pun masih hujan walaupun tak selebat tadi.
Doa Ketika Hujan
Daripada Aisyah R.A berkata, adapun Rasulullah ketika melihat hujan :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” (Riwayat al-Bukhari, 1032)
Dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama.
Jadikan doa ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, bukan kemudaratan. (sumber)
Jumaat lepas, Sk dan PI ke Hua Mui Kopitiam yang berwajah baharu di Eko Botanik Iskandar Puteri. Lama dah nampak Hua Mui ni melalui proses renovasi selepas mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM. Sekarang ni di JB, kopitiam halal tumbuh bagai cendawan lepas hujan, jadi dah ada banyak pilihan kopitiam halal.
Gambar-gambar YDP Agong menghiasi beberapa bahagian dinding restoran.
Sistem pesanan dibuat dengan cara mengimbas kod QR yang sedia diletak atas meja. Walaupun begitu, buku menu tetap diberi kepada pelanggan. Pesanan dihantar ke meja oleh staf dan bayaran dibuat selepas makan. Sekiranya menu lambat dicapai dalam sistem, boleh gunakan wifi kopitiam.
Mesti la pesan Roti Bakar. Sedap roti bakar, kami makan seorang separuh. Nampak butter dia tebal dan penuh dari hujung ke hujung roti.
Tapi, rupanya Tipah tertipu.
Nampak tak? Butter tu dekat tepi aje, tengah tak ada, huhuhu. Tapi agaknya kalau letak penuh-penuh, muak pulak.
Teh Ais Cincau untuk PI. SK teguk sikit, pahit rasa teh tu dan susunya pun tak terasa manis sangat. Sesuailah untuk warga veteran, hehe. Macam tak pernah aje PI pesan minuman begini sebelum ni. Sk minum Ais Kosong.
Sk sebenarnya macam tak lapar sangat sebab petang tu Sk ada makan Pisang Keju dan Roti Sardin sekeping yang Sk tapau dari gerai goreng pisang depan Restoran 7 Beradik tu. Tapi, tamak jugak nak makan, PI pulak hasut suruh ambil Chicken Chop, nanti share dia kata.
PI makan Mi Hailam. Ada pilihan jenis mi dan tambahan bahan dalam mi hailam, contohnya nak lebih fish cake, sayur, nak tambah sosej atau sebagainya. Ni PI ambil yang biasa, dia letak isi ayam. PI kata rasa
mi hailam dia macam di Restoran Al-Anisah. Maknanya, ia menepati selera PI. Oh, Restoran Al-Anisah di Taman Nusa Sentral tu dah pindah ke Medan Selera Gelang Patah tau. Tak pergi lagi kami sejak dia buka kat sana sebab tutup awal.
Gambar atas tu menggunakan mode food photo, yang ni gambar mode original. Chicken Chop di Hua Mui ni ada dua pilihan masakan iaitu yang salut tepung dan deep fried. Satu lagi pilihan, yang dipanggang. Sk pilih Ayam Panggang tapi rupa dia tak macam dipanggang pulak. Boleh tengok rupa yang dipanggang dalam post di bawah:
Sk tengok, laju betul PI makan mi hailam, padahal tadi kata nak share makan Chicken Chop. Kenyanglah nanti nak tolong makankan Chicken Chop Sk. Chicken Chop ni lambat sampai eh. Tak pasti kenapa lambat, biasa tak perlu menunggu lama.
Angkat ayam tu, tengok dia letak mashed potato atau dia hempap mashed potato dengan ayam. Ayam tu pulak, Sk minta yang grill tapi macam ada salutan tepung. Sk dan PI pelik jugak, bila makan, ada rasa panggang, tapi macam ada rasa salut tepung goreng jugak. Apa ni? Adakah agaknya ayam untuk grill dah habis, lalu dia ambil ayam yang dah goreng salut tepung ke?? Lepas tu panggang??? Tapi tu la, kami ni kadang cakap belakang aje, malas nak komplen depan. Nanti kalau mintak tukar baru, risau lain ceritanya. Kalau mintak cancel, risau dituduh nak mengelak bayar pulak, jadi bedal ajelah. Teringat pulak sebelum ni
pernah datang Hua Mui makan nasi goreng dapat yang sejuk. Lepas tu lama tak datang Hua Mui. Hurmmm... adakah kami akan datang lagi selepas ini???
Total RM54.90, bayar di kaunter.
laaa.....kok hanya sapu butter kat tepi sahaja..tapi betul juga kalau banyak butter muak la pulak
ReplyDelete