Al-ANISAH MAKANAN PANAS CHINESE MUSLIM

 Assalamualaikum WBT

TERPALING sibuk nampaknya sepanjang minggu ini. Ahad tuari, sibuk dengan pengambilan pelajar baharu. Sejak isnin, kemaskini segala macam data dan maklumat sehingga pagi ini, bersambung pula dengan urusan borang dan surat-menyurat kelas yang menamatkan pengajian mereka setelah selesai lawatan verifikasi semalam. Mujurlah sebahagian surat Sk dah selesaikan sejak minggu lepas. Ada lagi seminggu pelajar di kolej sebelum asrama dikosongkan. Jadi, jangan kecil hati ya jika tak nampak Sk meninggalkan jejak di blog rakan-rakan.


Masa balik dari makan di Cookies & Ginger tempohari, Iman terperasan lot kedai berwarna hijau mint dengan lampu terang-benderang. Memang warnanya menyerlah sungguh dan menarik perhatian sampai mengigau-ngigau Pak Inche dibuatnya. Jadinya, kami ke sana minggu lepas, hari Sabtu.

        

        

Kebanyakannya menu goreng-goreng.


Cantonese Kuey Teow untuk Pak Inche.. sedap.


Sk pilih Mee Goreng. Mee gorengnya basah-basah, macam Hokkien Mee. Nampak biasa, rasa luar biasa okeh! Pedas tau mee ni.


Iman pilih Sotong Buttermilk tapi tukang masak beritahu sotong tak ada, ada sotong frozen, tak berapa sedap. Iman tukar dengan Chicken Buttermilk. Okey-okey saja laaa.. 

Ni Pak Inche kata nak datang lagi, nak pesan mee goreng macam bonda makan, hahahaha. 

Okey, nak sambung kerja. Tata titi tutu.

Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim

122, Jalan Sentral 1, Taman Nusa Sentral
Nusajaya

Buka setiap hari :

10 pagi hingga 2 petang

4 petang hingga 12 malam

Post a Comment

9 Comments

  1. Cantonese Kuey Teow tu mmg favourite.. lama jugak x mkn tu

    ReplyDelete
  2. akhir2 tahun ni semua mengejar dateline..silakan SK siapkan kerja dulu kami setia menunggu haha
    nampak gambar buttermilk chicken tu mcm menggiurkan

    ReplyDelete
  3. fav menu cantonese kuehtiaw..anak pn suka menu tu

    ReplyDelete
  4. Jangan bizi lama² tau kak. Nanti rinduuuu 🤣

    ReplyDelete
  5. Mai sini tak pernah tak sedap..baik yang makan kat luar maupun homemade..
    Dah nak cuti sem ke kolej SK..
    Semoga dimudahkan urusan

    ReplyDelete
  6. Tq tq share kedai ni. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  7. Jeles...selalu je explore tempat makan best ...

    ReplyDelete
  8. murahlah SK harganya...selalu kedai chinese muslim ni harga mencekik betul..nasi goreng ada yg belas2 harga

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih