Assalamualaikum WBT
GARA-GARA semalam, Along tanya, makanan apa sesuai untuk belanja orang tua yang umur dah 80 nak sambut hari jadi, Sk cadangkan Laksa Johor.. dan Sk buat carian Laksa Johor Johor Bahru di thread, terjumpa dengan brother ni yang jual Laksa Johor yang kuahnya menggunakan 💯 ikan parang. Tengok lokasi, dekat dengan office. Terus klik link whatsapp dia. Order semalam, dapat hari ini, Alhamdulillah.
Yang kelakarnya, Sk kan biasa bawa telur dua biji untuk sarapan. Jadi, sambil kukus telur tu Sk panaskan nasi di bawahnya. Padahal malam tadi dah ingat, esok tak payah bawa bekal sebab dah tempah Laksa Johor. Tengah ceduk nasi pagi tadi, baru teringat pasal Laksa Johor. Bila pulak nak makan nasinya? Jadi, pagi ni dapat idea, beli sambal tumis Kak Sab. Sambal tumis ni RM1 jer, cashier caj.
Nasi, telur dan sambal buat sarapan pagi ni. Sk sekarang ambik tender habiskan belen-belen makanan dalam esbox. Jumaat lepas, tempat Iman intern buat Rumah Terbuka Aidilfitri, macam-macam makanan dia tapau. Ketupat nasi ada, rendang daging, ayam Masak Merah dan asam pedas ikan siakap. Asam pedas dan ayam dah wassalam. Dua hari ni pulak Iman ada kursus. Ah, budak intern pun ada kursus ya sekarang sebab ia merupakan salah satu portfolio yang perlu dilengkapkan semasa intern dalam bidang yang Iman ambil ni.
Sekali pandang mesti ingat nasi lemak. Telur sampai dua biji pulak tu. Peliknya, pukul 12 dah menggigil lapar, hahahah. Janji ambil LJ pukul 12.30. Sk tengok waze, cuma 5 minit sahaja memandu ke sana.
Sepanjang bulan Syawal, brother ni banyak ambil tempahan katering LJ. Harga satu pax, RM18. Agak mahal la tapi bila dia kata guna 💯 isi ikan parang, maknanya kita bukan sahaja bayar modal bahan mentah tapi tenaga yang digunakan untuk menyediakan kuah LJ yang asli. Bayangkan ikan parang yang banyak tulang tu, nak diasingkan isinya.
Tu belum lagi bab nak chap spaghetti, nak hiris timun, buang ekor taugeh tu semua. Taugeh pun gemuk dan segar, brother ni buat tiga sesi untuk penghantaran dan pengambilan LJ bagi menjaga kualiti LJ.
Orang kata, orang Johor makan LJ guna tangan tapi Sk tengok situasi jugak. Kalau dekat rumah sedaplah guna tangan, dekat office ni guna garfu la, heheh. Alhamdulillah ,sedap Laksa Johor ni tapi tu la, tak cukup sebungkus. Sebungkus ni ada dua chap spaghetti, Sk biasa makan empat chap ya, baru puas, hihi. Sebab tu kena jugak kot masak sendiri, masalahnya malas tu bab nak sediakan kuah dan segala condiments. Dan sebenarnya, seumur hidup Sk tak pernah masak Laksa Johor pun, hahaha.
Rindunya, moment tak boleh lupa, makan LJ ramai-ramai dekat rumah Pak Andak masa arwah Pak Andak tinggal di Kampung Pasir. Tak ingat masa tu kenduri apa, kuah laksa Mak Andak siap ada udang kecik-kecik tu. Cikwa pulak susun udang tepi pinggan sebab nak makan last. Sekali ada makcik tu tanya, tak makan udang ke? Heheheh. Biasa jumpa kuah LJ sedap tapi memang tak boleh jumpa yang rasa sama dengan arwah ibu, arwah Mak Andak buat. Begitulah air tangan orang yang dah tak ada, sentiasa dirindukan.
tengah teringin LJ juga ni kak..saya ada beli pes kuah LJ,tapi tak buat2 pun lagi
ReplyDeleteNampak sedap laksa johor tu kak.... kat KL ni susah nak jumpa laksa johor yang sedap. Kalau ada pun tak berapa cukup sifatnya heheheh
ReplyDeleteCantik sambal RM1 tu SK.
ReplyDeleteLJ ni cepat kenyangkan perut kan.
Teringin nak makan LJ tapi tu la takde orang jual kat sini. Macam nak try buat la nanti.
ReplyDeleteSedapnyer laksa johor
ReplyDeleteLJ dia memang sedap Kak. Lin pernah amik set bufet 10 orang makan dengan Alif ni, tersangat puashatiii!! Itu pun, kawan kat IG kenalkan dengannya. Now dia masuk dlm threads, lalu lalang geram plakk kita hahahaha
ReplyDeleteDulu tak suka laksa Johor tapi sejak makan laksa Johor dekat rumah Kak Retna, terus ketagih! Kalau kat KL ni suka kuah laksa Johor di kedai Paktam Laksa Johor. Pantang jumpa kedai ada menu laksa Johor je mesti nak cuba 😅
ReplyDeleteInilah laksa yg saya blm coba sampai skr 😍😍. Laksa Penang, laksa Melaka, laksa Sarawak, semua dah. Laksa Johor belum lagi. Harap2 di KL bisa jumpa laksa Johor yg sedap. Soalnya ntah kapan saya nak ke Johor 😅
ReplyDeleteHehe saya tidak boleh beza kalau kuah guna ikan parang ke ikan lain. Makan je. Agaknya entah-entah tidak pernah rasa kuah guna ikab parang.
ReplyDeleteBolehlah SK tempah lagi sebab sedap cuma nanti kena tempah 2 bungkus.
ammi first time makan laksa johor masa ammi kerja di office Datuk Abdul Raman Saad (branch KL)...dia kan mmg org Johor jadi menu raya memang menu johor
ReplyDeleteCantik presentation laksa ikan parang 100% tu.. ingat kan org johor hanya guna ikan tenggiri utk buat laksa.. nice beli smbal makan dengan nasi dan telur tu.. ☺️👌🏻
ReplyDeleteSA dah makan ahri tu ..last week masa majlis terlajak raya...tapi tu la..kureng skit..
ReplyDelete