Assalamualaikum WBT
HARI ini dah 24 Syawal 1447H. Sana-sini masih rancak dengan open house sempena Aidilfitri. Pagi ni buka-buka thread lalu satu vtt tentang seorang sis ni yang komplen orang buat open house sediakan makanan berkuah, tak sesuai katanya nanti menjejes kat tudung lilit-lilit dia. Sate pun dia kata tak sesuai. Yang okey bagi dia, nasi-nasi contohnya nasi ayam. Maka, ramailah yang panas, hahaha. Tapi bagi Sk, sis tu saja raih perhatian. Tapi, tak tahulah kalau dia maksudkan betul-betul. Habislah kau sis, tahun depan dah tak ada siapa nak jemput kau datang makan-makan, hahaha.

Hari Raya ke 7, Angah ajak datang ke rumah Senai, ambil gambar raya, katanya. Selain tu, macam biasalah, ada makan-makan. Kami dan makanan memang tak dapat dipisahkan, kan.
Cik Ani buat Pulut Kuning tanda kesyukuran sempena Zulaikha naik Al-Quran. Alhamdulillah, tahniah, Zulaikha.
Cik Ani buat fruit platter jugak. Ada mangga, anggur, honey dew dan buah naga.
Izzat dan Indah buat air sarsi dan teh o panas.
Izzat masak lodeh.
Rendang dan ayam goreng berempah. Yang dalam mangkuk kat atas tu, sambal sotong kembang berkacang by Cikwa.
Rendang daging by Angah.
Aaa.. ni Sambal Kacang Cikwa letak sotong kembang.
Oh, yang tadi tu bukan ayam goreng tapi burung puyuh goreng, hehehe.
Kita tengok lebih dekat Sambal Kacang bersotong kembang Cikwa. Jarang-jarang berlaku ni, hahaha.
Rendang daging dihiasi daun limau purut yang dicarik-carik.
Yang ni rendang berkuah.
Sebelum balik kerja, Sk keluar sekejap ke Kampung Kurnia, tapau Martabak. Yang ni Martabak Daging Keju Special, Sk beli dua keping.
Yang ni tak ada cheese, beli sekeping aje. PI tak makan martabak cheese.
Ketupat segera jer, yang anyam dah habis, hehe.
Kari daging by Cik Ani untuk dikawankan dengan pulut kuning.
Pulut Kuning Cik Ani berpindah tempat.
Sebab nak duduk dekat-dekat dengan Kari Daging, hehehe.
Sk makan Lontong dulu la. Makan yang lain-lain lupa nak ambil gambar.
Selamat Hari Raya ke 7 dari kami sekeluarga. Tapi, ada yang ketegaq tak nak pakai baju raya, huhuhu.
Dalam banyak2 lauk tu, paling tertarik dgn masak lodeh dan nasi impit 😅
ReplyDelete