MAKAN-MAKAN DI COOKIES & GINGER SEMPENA HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
17

 Assalamualaikum WBT 


BOLEH tak nanti kita pergi makan birthday bonda hari selasa, sebab hari rabu tu ada bola? Tanya, PI. Eh, boleh jer. 25 tahun kahwin, Sk tak pernah cerewet nak sambut bila dan di mana. Tapi, ni Sk teringat, Iman sebelum ni beberapa kali mintak nak makan di Cookies & Ginger, jadi Sk mintak PI belanja kat C&G ni la. Yang penting, nak western food, almaklumlah, tekak omputehhhh. PI tanya lagi, tak nak seafood ke? Eh, padahal dia yang nak makan seafood tu, huhuhu.


Pakai jubah pemberian Angah yang dibeli dari Mekah Al-Mukarramah. Tapi, tudung sarung ala shawl baru beli kat TT. Iman kata, bonda macam ustazah. Aaa.. memang tak sesuai la muka Sk ni pakai tudung sarung. Macam muka tak siap, haha. Iman kata, bonda pakai sekali dengan shawl jubah tu lagi lawa, baiklahhhh!


Tobatlah, tak nak beli dah tudung sarung kat TT lagi, ada jer yang tak kena. Tapi, nanti beli lagi, hihi. Hurmmm... semalam jumpa Huda kat office PI, berulang kali dia tanya, akak sihat? Nanti jap lagi borak dia tanya lagi, terfikir, agaknya muka Sk ni macam tak sihat ke? Selepas sakit yang teruk tahun lepas, Huda kata, dia sangat menghargai sihat, sebab dah tahu macam mana rasa kalau sakit tu, sampai tak boleh bangun, makan pun semua keluar balik. Jadi, kalau umur panjang tapi tak sihat pun payah juga. Semoga pembaca blog Sk dikurniakan kesihatan dan sejahtera selalu, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Macam selalu, la.. kalau bawa anak, tugas membuat pesanan makanan kita guna hp dia ajelah. Sekarang ni kebanyakan restoran menggunakan sistem pesanan melalui aplikasi restoran yang diimbas melalui QR Code. Datang sebelum ni C&G bagi juga buku menu yang besar tu, kan.. ni dah tak bagi, jadi masing-masing kena tengok menu pada handphone jer, kecik, tak puas. Oh, Iman pun pakai jubah yang Angah bagi jugak malam tu, terkejut tengok dia masuk bilik Sk dengan memakai jubah tu, tak sangka pulak dua-dua kepala terasa nak pakai jubah malam tu. Ialah, tempat cantik dan hari istimewa, kenalah pakai lawa sikit, hihi.


Dua beranak ni tak habis-habis berbincang tentang hala tuju Iman lepas menamatkan internship pada bulan Jun akan datang, insyaAllah. Bagi Sk, ikut aje flow, tak kisahlah nak kerja kat mana, tapi PI ni lain sikit. Stress budak tu sampai, hahaha. Tapi, tak sabar jugak ni nak tunggu dia kerja, ringanlah bahu sikit nanti, kan.. insyaAllah.


Cepat betul minuman sampai kali ni, agaknya tak ramai pelanggan. Bezalah jika datang weekend, restoran penuh, kebanyakannya warga Singapura yang datang JJCM ke Johor. C&G ni juga tak silap Sk dimiliki warga SG jugak.


Dalam masa tiga minit, tiba-tiba semua ni dah sampai ke meja ya. Kanan sekali, English Breakfast Hot Tea dan yang dalam pinggan pink tu, Nachos. Untuk menu Nachos ni ada dua pilihan iaitu nachos atau nachos el grande. Yang ni kami pilih nachos al grande, ia datang bersama lauk yang dalam pinggan biru tu iaitu Tex-Mex Chili and Beef. Tex-Mex tu Sk agak cara masakan Texas dan Mexico, jadi ianya adalah daging cincang yang dimasak menggunakan cara tersebut. Ia berempah dan pedas sedikit, sedap bila digandingkan dengan nachos. Tapi, nachos tu, makan begitu saja pun masih sedap. Yang dalam piring coklat tu roti bawang putih percuma. Yang dalam botol, syrup (gula cair).


Selain nachos, PI jugak pilih Mushroom Soup sebagai pembuka selera. Mushroom Soup datang bersama setengah keping croisant dan mentega. Mushroom soup dibuat segar setiap hari, menggunakan cendawan shitake, snow dan oyster. Bagi Sk, rasa dia biasa aje, tak rasa cendawan yang rich tapi croissant tu memang gebu berlemak, nak nak lagi bila kita selet dengan mentega tu. Tak nampak pulak menteganya dalam gambar ni ek.


BBQ Beef Steak pilihan PI dihidang, eh, laju betul ni. Yang kelakar, semua PI punya sampai dulu. Steak tu bahagian tenderloin dan pilih masak secara medium rare, sangat sedap dan juicy, lembut sungguuuuuhhh laaa dagingnya tu bila dikunyah.

Tenderloin atau lebih dikenali sebagai daging batang pinang dalam bahasa Melayu, adalah bahagian daging lembu yang terletak di bahagian tengah badan, di sepanjang tulang belakang. Ia berada di bahagian dalam tulang rusuk (short loin), terletak di antara bahu dan tulang pinggul. Ini adalah bahagian yang paling lembut pada lembu kerana otot-otot di kawasan ini jarang digunakan untuk bekerja. Ia merupakan bahagian yang paling sedikit lemaknya berbanding bahagian lain. Tenderloin sangat popular untuk masakan steak seperti filet mignon atau chateaubriand. Ia juga sesuai untuk rendang, kari dan sate kerana teksturnya yang lembut. Harganya juga yang paling mahal kerana jumlahnya sedikit pada seekor lembu. Sumber.



Iman nak makan Quesadilla. Dah lama nak makan, dia kata. Dia kata, nak makan sorang-sorang. Eh.. boleh., makanlah, nak. Quesadilla ni besar, saiz 10", jadi, walaupun dah potong, setiap bahagian tu masih besar. Padat pulak intinya dengan kepingan daging, bukan daging kisar. Ia dimasak berempah dan spicy, memang sedap makan panas-panas sebab ada keju, kan. Yang kata nak makan semua ni, makannya dua keping jer, yang lain bungkus, hihi.


Sk makan Aglio Olio Spaghetti. Ia datang bersama cendawan spicy crispy dan sos cicah. Eh, takkan simple sangat menu birthday girl ek???


Tak mungkin, laaa, haha. Sk pesan Beef Lasagna jugak, hihi. Lasagna dia sedap, 10/10. Ni kongsi makan la dengan Iman, tu yang dia tak habis makan quesadilla tu, sebab  lasagna ni pun sharing portion ni. PI pulak tak minat lasagna.


Sk agak, staf C&G ni dah biasa dah pelanggan makan tak habis dan mintak tapau. Portion makanan dia memang besar dan patut berkongsi sebenarnya. 



Terang betul cahaya kat meja ni. Marilah ucapkan ucapan hari jadi yang paling kreatif untuk Sk, mana tahu terbuka hati dan pintu rezeki nak bagi hadiah untuk ucapan hari lahir paling syahdu dan menyentuh jiwa, kan kan. Mari, lahhhh!


Tqqqqq PI


Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Happy Birthday ucapan seikhlas hati,
    Buat SK yang manis dan berseri,
    Moga panjang umur & murah rezeki,
    Sentiasa dalam lindungan Rahmat Ilahi.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir buat kakakku.Semoga setiap apa yang dikongsi terus menjadi inspirasi buat kami.Terima kasih kerana sentiasa berkongsi cerita,rasa dan kenangan dalam setiap entry yang ditulis dengan penuh jiwa.Semoga dipanjangkan usia,dikurniakan kesihatan yang baik,hati yang tenang serta rezeki yang melimpah ruah seperti aroma makanan yang sentiasa membuka selera pembaca blog akak.Teruskan menulis,teruskan berkongsi rasa dan kasih disini.Semoga segala impian dipermudahkan dan hidup sentiasa dikelilingi insan yang menyayangi akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiinnnnn YRA
      Terima kasih banyak² atas doanya, Afzan

      Delete
  3. Selamat hari lahir. Semua yang baik2 je. Kalau guna QR order memang terkial2 nak tengok. Salah tekan kang hilang dah yang order tadi kena order semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, tengah order internet hilang, haruuu. Tq tau ucapannya, Cie.

      Delete
  4. Sanah helwah SK, semoga PI rajin belanja makan dan jalan2 selalu tahun ni hihi

    Semoga diberkati umur, dikurniakan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran, kebahagiaan yang berkekalan dan rahmat Allah SWT 🤲🏻 Ameen YRA

    ReplyDelete
  5. Sanah helwah kandaku SK
    Baarakallahu fi umrik 🤲🏻
    Kita hadiahkan DOA dari jauh ye :)

    Rasanya kita sama kot, PH pun muka x sesuai pakai tudung sarung. Dan mmg tak confident nak keluar rumah pakai tudung sarung. Setakat buat basahan di rumah je tudung sarung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan dan doanya, PH. Aaa.. kan, pakai kat rumah jer la tudung sarung, hihi. Nasib beli yang mur mur jer.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ingatkan menu steak tu menu birthday girl rupanya menu PI...tp tkpe menu birthday girl ada 2..penuh meja tu mcm2 hidangan...tudung sarung kalo plain mmg tk pernh pki utk kuar mkn sbb rasa mcm bibik..xsesuai muka kita ..kiranya pakai kt umah tp kalo yg bercorak ok je..tp certain org pakai cantik je tp nmpk SK mcm tk sihat dlm gmbr ni..ke sbb pakai tudung sarung hehe...anyway selamat ulangtahun...smoga dikurniakan kesihatan yg baik dan berbahagia disamping family tercinta

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Lahir SK! Walaupun sambut awal sebab nak elak pertembungan jadual bola PI, yang penting kualiti masa bersama keluarga. Nampak sedap sungguh Beef Steak tu, terus rasa lapar tengok gambar, rupanya untuk PI..ingatkan untuk bday girl... Pasal tudung sarung tu, jangan risau SK, nampak manis dan sopan sangat macam ustazah

    ReplyDelete
  9. Terus rsa nak makan western pulak tengok menu akak ni....

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday, SK. 🎂🍰🎉🎊 Semoga murah rezeki, sihat² selalu dan diberkati Allah. 🤲 Sedapnya tengok hidangan yang SK sekeluarga pesan. Okay je SK pakai tudung sarung.

    ReplyDelete
  11. happy belated birthdayyyy🥳🥳
    semoga sis dikurnigakan kesihatan yg baik rezeki melimpah ruah dan rahmatNya yg berpanjangan
    aminnnn

    p/s boleh dah tu jd ustazah😁

    ReplyDelete
  12. Happy belated birthday SK. Semoga sentiasa sihat dan terus awet muda.
    Sedap-sedap menu westernnya. Sekarang ni dah jarang kami keluar makan dengan Encik Suami. Maklumlah, bila dah dapat penyakit barulah insaf nak jaga makan. Agaknya kalau ada kedai makan yang tawarkan menu rebus-rebus dan sup saja, Encik Suami suka kot nak makan luar.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!