Assalamualaikum WBT
AWAL petang semalam, Sk dan Pak Inche nak pergi makan kat Paradigm Mall. Dari rumah, kami ikut lebuhraya Perling dan semasa nak turun jejambat arah Skudai tu, dah mengesot-ngesot ya. Sk fikir, kalau dah dekat situ mengesot, mahu sejam baru dapat masuk mall padahal seberang jalan aje pun. Situasinya semalam, macam kalau nak tukar arah ke bandar pun, kena jugak naik jejambat PM tu untuk buat pusingan U. Jalan ke bandar pun jammed jugak.
Sudahnya, kami menukar haluan. Sk ajak PI ke Sunway Bigbox aje la. Banyak jugak restoran menarik kat situ. Dalam pada tu, macam-macam idea lain yang keluar dari batu jemala PI. Nak makan di Mee Rebus House la, sekejap lagi nak makan kat Al-Anisah. Tapi rasa macam hari Sabtu ni naklah makan yang special sikit. Akhirnya kami ke Cookies & Ginger Restaurant di Taman Nusa Sentral.
Istimewa sungguh hidangannya tu SK.
ReplyDeleteTapi passion fruit yang nampak kedekut tu tak bestlah kan.