Assalamualaikum WBT
DAH tiga kali Sk pasangkan semula rail penyangkut hanger dalam almari Iman, tiga kali jugak rebah. Tahulah dia asyik membeli baju aje, sampai tak tertampung berat baju agaknya dah rail tu. Tapi, almari tu pun bukanlah baru lagi, dah 20 tahun kot usianya. Seingat Sk, almari tu Sk beli masa Iman 5 tahun, beli satu set dengan katil saiz super single, meja belajar dan side table berlaci. Katil, meja belajar dan side table tu pun dah dilupuskan. Tinggal almari ni jer yang masih bertahan. Tapi, bila rail dia asyik jatuh, susah jugak. Dah berapa kali jolok PI minta sponsor almari baru, akhirnya selepas puas berzikir, semalam, Allah SWT makbulkan, Alhamdulillah.
Tapi, kena tempahlah, bukan terus beli dan dapat. Yuna, jurujual kedai perabot yang kami pergi semalam beritahu, akan dihantar dalam masa seminggu. Tengoklah, tak hari Jumaat, hari Sabtu, katanya. Jadi, hari ni, Iman dah buat kerja-kerja pemunggahan. Dah tak banyak sangat la barang nak dipunggah tu, sebab sejak dia balik ke rumah, dah dua tiga kali jugak buat declutter. Dahlah dia ni macam ada hoarder jugak tau, suka simpan barang. Mesti turun dari perangai bapak dia ni, hahahaha.
PI pulak macam biasa la, pagi Ahad ke pasar tani. Balik, dia bawa ikan siakap seekor, RM11. PI beli jugak serai, daun ketumbar, limau nipis, cili padi merah dan cili padi hijau. Selain tu ada bawang Holland 2 biji. Motif beli bawang Holland???
Jadinya, menu makan tengahari kami hari ni, Ikan Siakap Stim Limau. Tu pun bukan makan tengahari, pukul 4 lebih baru makan, sebab tolong Iman kemas bilik. Angkat keluar tilam, divan dan kain baju. Lepas tu vacuum bilik dan sapu sawang-sawang yang tinggi di atas. Siap semua, baru masak. PI buat sos ikan stim dan Sk tukang stim ikan dan masak sayur. Masa stim, tuang terus sos yang PI dah siapkan.
Sementara stim ikan, Sk goreng sayur baby kailan ni. Mula-mula tumis/ goreng dulu bawang putih cincang hingga garing, keluarkan dulu bawang putih tu letak dalam piring dan terus goreng baby kailan, letak sos tiram dan sedikit minyak bijan. Angkat, masukkan dalam mangkuk hidang, taburkan bawang putih yang digoreng dahulu tadi. Sedap tau, nanti makan bunyi krup krap krup krap, heheheh.
Penting dan wajib, ada cili potong. Guna cili hijau dan campur sikit cili padi merah. Cili padi merah tu bagi impak yang lebih pedas berbanding cili padi hijau, barulah boleh menaikkan selera. Tak meriahlah makan kalau tak pedas. Iman datang dapur, cakap, laparnyaaa.. dah habis tenaga mengemas, dia kata. Agaknya sebab dah lapar sangat, sampai bertambah nasi. Gigi yang pasang braces tu dah tak sakit sangat. Dah boleh lenjan nak makan ayam, sotong dan udang, hihi.
Macamana beza rupa almari baru berbanding almari usia 20 tahun. Mesti lebih cantik.
ReplyDeleteCili padi potong kicap kalau dikunyah atau tergigit orang Jawa kata 'marem'.
menu ikan die belah camtu mcm kt mohd chan dh..sedapnya siakap stim limau tu
ReplyDeleteKecur liur tengok hidangan Ikan Siakap Stim Limau tu, gabungan dengan cili potong memang penaik selera betul! Patutlah Iman sampai bertambah nasi lepas penat mengemas, lauk padu macam ni tambah pula gigi dah tak sakit dengan braces, memang licin la jawabnya
ReplyDeleteUmangaii lama dah tu. Macam dah sampai masa tukar baru tu kot.
ReplyDeleteBiasanya anak perempuan menurun dari ayahnya. hihi..Sabar je lah.
Haha..bawang holland buat pelengkap membeli kot. Sedapnya baby kailan. Suka gaya masakan macam tu. Baby kailan kurang pahit dan crunchy.
Kena ada impak maxima pedas baru best kan. Dah bermula episod boleh makan macam-macam dah.
Menarik menu tu macam kat kedai dah. Lama juga bertahan almari tu dah 20 tahun usia.
ReplyDelete