MASAK TOMYAM & PAPRIK SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


CUTI sempena Hari Malaysia, semalam, satu hari Sk duduk rumah. Pagi, panaskan Mihun Goreng jer untuk sarapan. Lepas tu, kan.. bolehlah pulak Sk lupa ada janji dengan Cik Ani, dia nak datang rumah hantar kuih koci. Lepas Subuh Sk angkat bantal sambung tidur kat depan, pintu semua tutup, memang tak dengar kalau orang panggil. Handphone pulak tinggal dalam bilik. PI keluar sapkoktang, dia kata, siapalah sangkut sampah dekat pagar. PI belek dulu, nasib tak dibuangnya. Bila PI bawa masuk, baru Sk ingat pasal kuih koci. Lepas tu, Iman keluar bilik, dia kata, Cik Ani whatsapp, gantung kuih koci kat pagar. Yassalammmm.


Jadi, tu la sarapannya.. Mihun Goreng dengan Kuih Koci, hihihi. Ikutkan, malas nak masak tengahari. Nak pergi makan Nasi Padang kat kedai Nasi Padang kat Pulai Mutiara. Tapi, PI request nasi lemak pulak. Imannya keluar pergi Keretapi Sarong. Makanlah nasi lemak berdua jer dengan PI, dari pagi sampai malam, kahhhh. Tapi, gambarnya tak ambil, malas nak ambil telefon kat bilik.



Kejadian Isnin lepas, 14 September. Janji dengan Iman nak masak Asam Pedas Ayam, tapi ayamnya tak ada. Yang terjadi, tomyam. SK letak udang dan sotong aje. Ni Sk guna kiub tomyam Knorr. Ada pes tomyam belum buka, tapi dah lama simpan, bila Sk bau, macam tengik, eh, jangan cari nahaslah. Mujurlah jumpa kiub tomyam tu. Ada la warna oren-oren sikit tomyamnya.

Senang aje masak tomyam ni, tak ada pes pun jadi, tapi dah ada pes, kita masukkan la. Rebus air dalam periuk, sambil tunggu ia mendidih tu, masukkan serai diketuk, lengkuas dan halia, daun limau purut, cili api pecahkan, bawang Bombay potong baji dan akar pokok ketumbar. Kalau ada pes tomyam, masukkan satu atau dua sudu, kemudian masukkan jus limau, garam dan sedikit gula, sesuaikan rasa dia. 

Haiwan yang kita nak masukkan tu, kalau ikutkan kena rebus sekejap berasingan tapi Sk malas, Sk masukkan aje terus dalam periuk yang sedang mendidih. Udang dengan sotong tak perlu masak lama, kalau udang dah mengerekot tu, kira dah masak. Jangan terlebih masak, nanti keras.



Kalau SK dan Iman jer makan, cukuplah tomyam dengan telur dadar. Tapi, PI kan suka lauk banyak kalau makan tomyam, jadi SK masak Sotong Paprik jugak. Ni cuma tumis bawang putih cincang dengan sesudu cili giling, dah terbit minyak, masukkan sos tiram dan sos cili serta gula. SK tak letak garam, sebab sos tiram dah masin. Kemudian masukkan daun limau purut, dah mendidih sos tu, baru masukkan sotong. Kacau sampai sotong masak, siap. Letaklah daun ketumbar buat hiasan.



Buat telur dadar ala kedai tomyam. Pecahkan telur dalam mangkuk, letak sedikit tepung jagung dan sedikit sos ikan. Panaskan kuali, letak minyak lebih sikit, minyak dah panas, masukkan telur. Aisehman, terbelah pulak telurnya masa terbalikkan, baru nak eksyen flip hujung tudung, hahahaha. 



Tak sangka, selera betul dua beranak tu makan sampai licin la Paprik Sotong tu, hihi. PI siap hirup-hirup kuah tomyam dalam mangkuk. Lauk yang paling jarang Sk masak, selalu nak makan tomyam pergi kedai jer terus. Ialah, masak tomyam ni kena banyak haiwan, sayur dan konco-konconya. Tomyam tinggal dua tiga ekor kot udangnya, nanti boleh bawa bekal pergi kerja.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap tu sotong paprik...aritu husband masak ayam paprik

    ReplyDelete
  2. PH baru ni pun masak tomyam x letak pes. Kita adjust je la bagi jadi dgn apa bahan yg ada hehe...
    Aduh, baru nak flex ye, dah terbelah pulak telur dadar tu hihi

    ReplyDelete
  3. Ya ampunnn..lena betul tidur tu sampai tak sedar. Mujurlah Pak Inche; tak dibuangnya kan.
    Hihi..kalau dah kemalasan tu, nak ambil gambar pun jadi malas ek.
    Jadilah tu ada rasa-ras tomya. Begitulah rupa tomyam kalau masak kat rumah.
    Sedapnya sotong paprik tu. Samalah kita, kalau letak segala sos memang tak letak garam dan perasa dah. Cukuplah rasa tu.
    Tengok dorang makan berselera, hilang terus penat memasak tu.

    ReplyDelete
  4. Lama tak masak paprik ni. Sotong tu kita buat kari sotong hari ni.

    ReplyDelete
  5. Suka tukang masak bila masakannya habis licin.
    Pastilah sedap.

    ReplyDelete
  6. Kat rumah ada sotong lagi...nak buat la sotong paprik macam ni...lama x makan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!