MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, April 12, 2010

manisnya banana crumble muffin..

SALAM SEJAHTERA, nampaknya ramai yang belum datang mood nak bekerja. Yelah, hari Ahad tu, nama je cuti tapi rasanya lebih banyak buat kerja daripada berehat.. betul tak? Bagi yang bekerja tu, nilah masanya untuk mengemas rumah, membasuh dan memasak. Yang tak bekerja pulak, nak kena masak luar biasa sikit pasal anak-anak dan suami semuanya ada kat rumah. Kalau dah macam-macam masak alamatnya berseleraklah dapur, berganda jugaklah tenaga nak mengemasnya. Yang bujang pulak pergi berjalan-jalan, penyudahnya bila Isnin tiba semuanya keletihan.. huhu.

Bagi yang gian nak mem'baking' macam saya ni, memang dah berkobar-kobar nak buat Banana Crumb Muffin yang saya jumpa di rumah Kak Yatie. Dengar-dengarnya ada juga di rumah Diana dan Kzai. Saya ni bukanlah peminat muffin atau sebarang kek berperisa pisang, tapi tengok muffin Kak Yatie tu, rasa macam teringinlah pulak nak mencuba. Tapi muffin saya tak segebu muffin Kak Yatie, maklumlah.. orang baru belajar tangannya keras, hikhik. Mungkin penggunaan pisang pun salah satu faktor. Yaya pun sibuk nak menolong sampai sanggup meninggalkan rancangan tv kegemarannya. Jadi tugas Yaya melecek pisang dan menyediakan topping. Dalam pada tu mulutnya mengomel je, kenapa buat macam ni, kenapa nak buat macam tu.. layankan jelah.. janji ringan sikit kerjaku.. hehe. Siapa yang suka boleh salin resepi. Saya buat dua adunan sebab nak hantar banyak rumah. Minta halal ya Kak Yatie, Diana dan Kzai.




Banana Crumble Muffin
Bahan-bahan Topping
1/3 cwn gula perang
2 sb tepung gandum
1/8 st serbuk kayu manis
1 sb mentega
* ramas dengan hujung jari kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

Bahan Muffin:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 st baking soda
1st baking powder
1/2 st garam
3 biji pisang dilecek (saya guna pisang berangan)
1 cwn gula
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/3 cwn mentega (dicairkan)

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar 190'C, sediakan cawan muffin.
2. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam.
3. Dalam mangkuk berasingan, campurkan pisang, gula, telur dan mentega cair, kacau sebati.
4. Campurkan adunan pisang dan adunan tepung. Gaul sebati dan sudukan ke dalam cawan muffin.
5. Taburkan topping di atasnya dan bakar selama 18 - 20 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi bagi menguji kek.

Tak rugi mencuba sebab bahannya mudah dan rasanya sedap, sesuai untuk minum petang.

2 comments:

  1. da rasa. sedap..tq kak yus. lain kali buat byk2 sikit bagi kat bilik kita orag hehhe..

    ReplyDelete
  2. bleh Ayu, insyaAllah kalau ada rzki lebih..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

JAP LAGI BUBUH TAJUK

Assalamualaikum... Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang beragama Islam  dan selamat meneruskan menjalani ibadah puasa.  Hurmm....