11 TAHUN HIDUP BERSAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
16
ASSALAMUALAIKUM wbt



HARI ini saya dan si dia menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11. 11 tahun kalau anak-anak di Malaysia ini baru berada di tahun lima maknanya masih anak-anak lagi dan belum matang. Dalam usia begitu mudah menangis bila diusik dan pantang mengalah bila dicabar. Cepat sahaja nak bertumbuk bila disakat dan diejek. Begitu juga dengan perkahwinan yang baru melepasi satu dekad. Si isteri mudah menangis bila tersentuh, bila rasa diri tidak lagi disayangi. Si suami pun mudah terasa hati bila rasa tidak dipeduli oleh si isteri yang asyik berblogging dan berfacebooking... kui... kui!

Sebenarnya setiap kali membuka album gambar perkahwinan ini pastinya saya dan suami akan teringat peristiwa yang berlaku di pagi sewaktu majlis akad nikah hendak dilangsungkan. Tok Kadhi yang sepatutnya datang jam 11 tetapi sehingga jam 11.30 pun masih tidak nampak batang hidung. Fuh! Amatlah memeranjatkan apabila di telefon, isterinya memberitahu Tok Kadhi tersebut pergi menikahkan orang di Pasir Gudang. Adoi! Dan saya amat terhutang budi kepada seorang bapa saudara dan abang ipar saya yang terus mendapatkan kadhi yang baru. Rezeki kami, kami dinikahkan oleh Datuk Imam Mahat dan keesokan paginya sebelum pukul 7, kadhi yang sepatutnya menikahkan kami datang membawa borang-borang pernikahan. Semua saksi yang terlibat pun susah payah datang semula pagi-pagi buta tu... hahahaha... kalau diingat-ingat semula memang kelakar, geram pun ada... apalah punya Tok Kadhi... aish!


Tidak banyak gambar yang dapat dikongsi, semuanya sensasi dan basi nanti jadi kontroversi. Menunggu mesin pengimbas mengimbas gambar yang tiga keping ini pun rasanya bagai hendak terlelap di atas kerusi.... hihihi. Oh, ya! Selepas subuh nanti kami sekeluarga akan bertolak pulang ke Kuala Ketil, Kedah. Tunggu cerita kami dari sana, ya. Dan doakan kebahagiaan dan kasih sayang kami berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Salam sayang untuk semua di Alam Sari.

Post a Comment

16Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Happy 11th Anniversary buat Sari & hubby. Semoga berbahagia & berkekalan hingga ke akhirat. Bersabar adalah kunci utama utk hubungan yg kekal abadi di dunia ini..

    ReplyDelete
  2. Happy 11th wedding anniversary to sari dan suami...semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia...insyaAllah:)

    ReplyDelete
  3. Salam Kenal.



    Happy Anniversary.
    Semoga sentiasa beroleh kebahagiaan hingga ke hujung nyawa.


    Ulangtahun yang sama tapi berlainan bulan aje kita.

    ReplyDelete
  4. happy 11 aniversary kak..semoga bertambah2 berbahagia hendaknya...have a safe journey dan take care!!

    ReplyDelete
  5. selamat ulang tahun perkahwinan sari..semoga terus berbahagia disamping keluarga

    ReplyDelete
  6. hepi aniversary kak..moga akak dan suami bahagia hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  7. happy 11 aniversary kak yus...
    moga berbahagia selamanya...
    wahh..cantik gmbr akak ni....berseri2...

    ReplyDelete
  8. selamat ulang tahun perkahwinan. semoga bahagia selamanya..

    ReplyDelete
  9. Salamulangtahun perkahwinan semoga terus kekal bahagia. Amin.

    ReplyDelete
  10. Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 11 buat Sari dan suami...semoga berkekalan ke akhir hayat dan bertambah kukuh kasih sayang yang dibina ditambah keceriaan anak2 tersayang...amiiinn..

    ReplyDelete
  11. Salam Yus,
    Selamat Hari Ulangtahun perkahwinan ke 11 utk Yus dan suami tersayang..moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga sentiasa di rahmati.

    ReplyDelete
  12. akk, salam kenal =)
    Happy 11th Anniversary!Smoga berkekalan dan berbahgia hingga ke akhr hayat

    ReplyDelete
  13. tahniah & happy 11th anniversary... moga bahagia hingga ke hujung nyawa yer...

    ReplyDelete
  14. Tahniah buat Sari dan suami, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  15. hepi aniversary
    kak sari di tag
    tgk di belog aida nt ye
    salam..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!