MAKAN DI KEDAI MAKAN MAK ESAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 




MEMANG tak cukup sehari nampaknya nak makan di tempat-tempat viral dan legend di Kluang ni. Malam tu, kami ke Kedai Makan Mak Esah. Selalu nampak anak Mak Esah di Tik Tok, hari tu nampak live depan mata, macam nampak retis pulak, lupa nak ajak bergambo, hahaha.




Kedai mamak yang bukan biashe-biashe ni. Ramai betul orang tak putus-putus datang dan pergi. Dari cara masing-masing, Sk rasa mereka ni penduduk Kluang. Hurmm.. ada ke pelencong macam SK ni join sekali makan di Kedai Makan Mak Esah? Sebab Sk nampak ramai yang saling menyapa dan berjabat tangan, memang sekampung la tu kan.




PI pesan Cikong Sejuk. Cikong tu Laichikang, ya. Cikong dia tak lokek bahan, malah padat dan lengkap. Manis letting sampai ke titisan terakhir. Sk tumpang jugak sesudu dua, Sk macam biasa pesan Ais Kosong jer.




Sate ni boleh pesan siap-siap semasa pesanan diambil, tak perlu pergi ke gerainya. Kedai Mak Esah ni, walaupun legend, tapi pesanan dia semua terus masuk dalam sistem. Ada pelayan yang ambil pesanan di meja, macam kami, anak Mak Esah sendiri yang ambil pesanan.




Hilang mata hitam makan sate dia, punyalah sedap.. macam tak percaya ada sate lain yang lebih sedap dari Sate Muar yang kami makan di Medan Selera Bentayan Tapak 1 hari tu. Daging dia lunak betul, lemaknya mencair dalam mulut, nak nak pulak di makan panas-panas. Rempah sate pun sedap, kuah kacang pun sedap tak terlalu berminyak. Eh, memang sedap la.. rasa macam nak tambah lagi tapi nanti orang lain tak dapat pulak, hahaha.




Sekejapan licin. Mujur jugaklah ada sate ni sebab makanan yang kami pesan agak lambat jugak sampainya. Lebih sakit hati (tapi tak sakit sangat la), orang yang sampai kemudian dah dapat makanannya. Tak sakit hati sangat tu mungkin sebab tak begitu lapar, hehehe. Cuma gatai kaki nak pergi Kedai Makan Mak Esah viral, PI la tu. Lagipun orang tu yang daj dapat makanan tu makan nasi goreng, agaknya, memang dah dibagi-bagi tugas tukang masak, haaa.. yang ni masak nasi goreng jer kerjanya.




Sk pesan Roti Canai Goreng, salah satu makanan yang viral di sini. Iman la yang ajar makan Roti Canai Goreng ni. Pertama kali makan Roti Canai Goreng di Restoran Nisha Fattah Taman U. Pernah jugak makan di Restoran Al Safa. Sejujurnya bukanlah favourite tapi nak rasa jugak mana lebih sedap, Nisha Fattah atau Mak Esah.




Dekat sini, Roti Canai Goreng dihidang bersama sambal tumis. Wallawehhh.. sedap Roti Canai Goreng dia. Roti canai tu terasa garing dan gebunya lagi walaupun selepas digoreng ala mee goreng mamak. Sambal dia pun sedap, serasi dengan rasa roti canai goreng tu.




PI pesan Mee Goreng Kerang. Mee goreng rasa sedap biasa-biasa, bukanlah terlalu sedap. Banyak betul sepinggan mee dan roti goreng ni ya. Dahlah petang tu kami makan dan mengopi di Fud's Station, kemudian makan sate, nak hadap pulak lagi sepinggan mee dan roti canai goreng. Kami makan tak sampai separuh, lebihnya, Sk minta bekas tapau dan bungkus sendiri. Oh, Roti Canai Goreng tu pun dia masak letak kerang jugak.




Konon-konon nak buat supper kat hotel. Tapi, sebab dua-dua manusia ni memang dah kenyang giler, Sk simpan jer la dalam peti sejuk. Peti sejuk hotel pulak memang berfungsi dengan baik, sejuk macam peti sejuk rumah, sampai esoknya nak check out tu masih elok lagi, Sk bawa balik Johor, hehehe. Mee goreng panaskan untuk makan malamnya dan roti canai goreng Sk panaskan untuk sarapan Sk, hari isnin tu kan cuti. Memang dah terbiasa makan kedai, kalau rasa banyak, kami makan separuh dan lebihnya tu bungkus. Kadang kesian ya tengok selamba orang tinggalkan makanan banyak lagi dalam pinggan. Jangan malu nak mintak bungkus okey.




Total, RM38.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. air pun linda bungkus kalau banyak lagi...hihihi..sayang makanan tu, sayang duit jugak...

    ReplyDelete
  2. Ehh ada ya roti canai goreng 😀

    Ayat ‘bawa balik Johor’..
    Yelah, kita panggil JB tu Johor.
    Nak ke mana? Nak ke Joho (JB).
    Padahal Pontian tu pun dalam Johor 😂

    ReplyDelete
  3. First time dengar roti canai goreng ala nasi goreng... menarik2..
    Dekat Melaka ni taktahu area mana ada roti canai goreng

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!