Assalamualaikum WBT
BALIK dari Melaka, kami singgah makan di Medan Selera Benteng, Batu Pahat pulak, nak makan Beriani Kambing yang kalau ada, adalah, tak ada, tak apa. Mujur masih ada lauk kambing di Gerai No 9. Gerai legend tu memang dah habislah ya lauk kambingnya.
Beriani di sini dieja Baryani. Ini kali kedua kami makan di Gerai Baryani Sedulang Benteng Original, kali pertama, boleh baca
DI SINI. Keliling ni penuh pelanggan ya.
Sk suka makan Beriani dengan Bandung Soda, mengimbau kenangan zaman kecik-kecik, minum bandung soda di rumah orang kahwin. PI minum Ais Limau.
Pesan Beriani Kambing (RM13) seorang sepinggan. Ada acar jelatah tapi sikit, kena mintak lagi kot kalau nak lebih tapi malas pulak nak mintak, haha.
PI pergi cuci tangan, sempatlah snap pic dua keping, hehehe.
Janganlah tanya Sk, nasi beriani mana yang paling sedap di BP ni. Kebanyakan beriani yang Sk jumpa selalu dimasak menggunakan beras basmathi. Sejujurnya, semua sedap, tapi kena tengok jugak kuantiti dan harganya, seimbang atau tak. Kalau nasi sikit, lauk sikit, harga mahal, memang tak mahu ler Sk nak datang lagi.
Sedap sangatlah tu sampai terpejam-pejam mata. Kambing dia empuk, nasi dia sedap. Berapa kali Sk ingatkan jangan mengantuk sebab Sk tak nak pegang stereng, hahahaha.
Adoiyai, kak ana sampai sini waktu tengah nak buka puasa Rejab nampak air bandung tu mak aih, stop dulu blogwalking nak bancuh sat hehe :)
ReplyDelete