MASAK PUCUK UBI TEMPOYAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


Sk ada beli tempoyak dari kawan, orang nogori. Kirim masa dia balik kampung. Tak ingat beli bila, tapi rasanya masa musim durian yang sebelum ni, lama dah, Sk baru makan sikit aje tempoyaknya, lepas tu tak dimakan-makan. Masa makan Pucuk Ubi Tempoyak kat Selera Kampung dan Ikan Bakar Parit Rambai Melaka tu, Sk terfikir, macam boleh masak sendiri ni Pucuk Ubi Tempoyak, tempoyak pun ada, tapi kena cari pucuk ubi dulu.




Pergi pasar tani hari tu, PI beli pisang nipah kat satu gerai ni, Sk tumpang la seikat pucuk ubi ni. Seikat pucuk ubi ni RM1.  Memang tak nampak pucuknya sebab dilindungi daun ubi yang dah tua. Tujuan daun ubi tua ni dipetik sekali untuk melindungi pucuknya la.




Sk masak berpandukan blog Che Mat Gebu cuma tak ikut 100% bahan yang CMG gunakan. Sk cuma guna pucuk ubi semata, sebab itu aje yang jumpa,  hahaha. Lepas pilih pucuk dan daun yang muda, Sk cuci dan bilas dulu, kemudian baru hiris. Dah siap hiris, Sk rebus daun tu dengan setengah cawan air hingga lembut. Banyak jugak eay dapat pucuk ubi ni walaupun RM1 aje. 




Sementara merebus tu, Sk tumbuk rencahnya. 


1 ketul kunyit hidup sebesar ibu jari
7 biji cili padi
Segenggam ikan bilis
Sebiji bawang besar (tak besar sangat)

Sk masukkan bawang sebab bawang banyak kat rumah, hehehe. Resepi CMG tak letak bawang. 



Rebus pucuk ubi hingga lembut, kemudian masukkan rencah yang ditumbuk. 



Masukkan tempoyak banyak-banyak, hehehe.



Kebetulan ada petai. Petai dah lama simpan, tu yang pucat dah warnanya. Belasah jer.. nak makan sendiri takpe.



Akhir sekali masukkan santan. Jangan lupa letak garam dan gula secukup rasa. Sk letak jugak daun limau purut dua tiga helai.




Perghhh... sedap betul. Tapi kalau ada ikan kembung goreng lagi sedap. Tak ada pulak ikan kembung nak digoreng. PI tak nak, dia tachod, hahahahahah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya..ada petai lg...bertambah-tambah nasi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tak tambah, tapi nasi memang dah letak banyak² dalam pinggan, hihi.

      Delete
  2. Jadi dah tu...nanti kalau jumpa daun2 lain macam daun kunyit, daun pucuk labu...pun boleh gandingkan dengan pucuk ubi...petai dan ikan bilis is a must...

    ReplyDelete
  3. Ooh..baru saya tau pasal daun ubi tua tu 😄

    Uish…lazatnya Sk. Terbayang tempoyak daun kayu 😋

    ReplyDelete
  4. tuu dia dik aih! paduu sungguh menambah nasi ni :)

    ReplyDelete
  5. Memang sedap. Kalau ada macam-macam daun dipanggil sambal tempoyak daun kayu.

    ReplyDelete
  6. Ah sudah, mana nak cari tempoyak ni SK? PH kalau menu² kampung ni cepat teringin haha...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya pucuk ubi tempoyak! Ni boleh naik 3kg berat badan sekali duduk makan sebab bertambah-tambah nasi dalam pinggan 🫣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!