MENGINAP 2H1M DI HOTEL ANIKA KLUANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 




TERKEJUT Iman bila Sk hantar gambar ni di whatsapp group kami tiga beranak. Dia ingatkan kami jalan-jalan jer ke Kluang balik hari, rupanya siap bermalam, hahaha. Macam jauh no Kluang, ek. 




Sk minta PI tempah hotel ni setelah membaca banyak ulasan yang baik dari mereka yang pernah menginap di sini. Banyak jugak hotel tinggi-tinggi kat Kluang ni ya. Salah satu yang kami pernah inap adalah Prime City Hotel, tapi dah tak ingat dah pengalamannya macam mana sebab dah lama sangat, zaman lutut PI belum kena 'makan anai-anai'. Masa tu memang ligat main bola sana-sini.




Ramai yang datang check in. Sebenarnya pelik dari kat Ngepot Kabin tu lagi sebab ada rombongan Cik Kiah dan nampak ramai pelencong pelancong dari negara jiran. Tak sangka Kluang ni banyak tarikan. Aaaa.. kalau tidak, takkanlah PI nak ke sini, kan.




Dapat bilik aras 7.




Hotel tak kedekut, bagi dua kad access. Bilik Deluxe King, RM218 satu malam termasuk sarapan untuk dua orang. Dikenakan deposit RM50 ya.  Buka-buka pintu terkejut tengok biliknya besar betul, Sk rasa, nak letak empat katil saiz king pun muat.




Ada set sofa dan meja kopi. Bilik kami terletak di bahagian penjuru, keliling ni semua tingkap kaca, memang langsir keliling bilik dan ada langsir siang jugak di sebelah dalam.




Ruang bekerja dan disediakan juga peti sejuk di sini. Dapat empat botol air minuman, tiada teh tapi ada kopi 3 in 1.




Ini pula ruang mekap dan bersiap, di sebelah laluan pintu masuk, dipisahkan oleh almari dan divider kayu ni. 




Seterika dan papan penggosok disediakan.




Semua perkakas, bantal ada label Hotel Anika.




Tilam dia elok, bantal dia empuk, comforter dia, wallaweiiihh, macam hotel 5 bintang! Sedap betul berselubung nak nak pulak air-cond dia sejukkkkk nyaman. Rasa tak nak balikkk!




Jom kita pergi Coffee House dia pulak. Lama tak dengar perkataan Coffee House, hehehe.




Waktu sarapan dari jam 7 pagi hingga 10 pagi di Coffee House yang terleak di aras 4.




Ada Pasta Spiral Goreng dan Kueyteow Goreng. Telur mata dah goreng siap-siap dan dihidangkan dam buffet line. Sosej dan kacang panggang pun ada, tapi salad-salad semua tak ada.




PI kata Nasi Lemak sedap. Sk akui tapi sambal dia jangan gaul banyak, Rendang ayam sedap basah-basah. Buffet ni disediakan oleh katering ya, Sk nampak ada kad tulis nama katering tapi lupa nak snap pic. 




Selalu rasa nak beli biskut-biskut ni tapi tu la, kadang beli sebungkus, boleh hadap sekali arung, tachod! Jadi tak nak beli. Dia sama ada makan sekali hadap, atau tak dimakan-makan. Dia macam, nak makan ke tak.. nak makan ke tak, hahaha. Faham tak ni?? Itulah dilema orang nak kurus tapi suka makan.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tu diaa…luas amat biliknya. Boleh main kejar-kejar ni Sk 😆

    Saya tak pernah jalan-jalan Kluang, nanti kalau berkesempatan bolehlah tiru Sk bermalam di sini.

    Boleh faham statement last tu sebab kita ada dilema yang sama 😅

    ReplyDelete
  2. Ya allah wujud lg hotel ni kak... ni zaman saya sek rendah ni..bila arwah ada keje jat kluang, hotel wajib stay ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Tak pernah sampai lagi Kluang. Kena explore sini juga nanti.

    ReplyDelete
  4. Kluang erk...menarik ni...boleh masuk Wishlist...Hotel ni menarik SK...selesa betul tu

    ReplyDelete
  5. betul la..besar sungguh biliknya..selesa.
    sekali ngan bfast..ok sgt

    ReplyDelete
  6. Bilik luas, selesa dan cantik. Sarapan pun sedap. Lengkap dan sempurna! Kita yang baca pun ikut rasa puas hati.

    ReplyDelete
  7. Lengkap semua benda palingg best ada iron tu.. kalau sy tak perlu la tolong iron kan tudung wife di luar hahaha .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!