MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, January 7, 2011

GRILLED CHICKEN CHOP


ASSALAMUALAIKUM wbt

HIK... hik.. hik... pagi-pagi dah ada tayangan gambar ni. Masaknya kelmarin saing-saing dengan Potato Presto. Wah, sememangnya gandingan yang ideallah, burppppp!! Kenyangnya tak terkata. En Rizar dah pandai memasak sos chicken chop ini sendiri mengikut sesuka hati dia. Jom layan resepi.....

Grilled Chicken Chop
Bahan-bahan:
Bahagian peha ayam (besar) yang telah dibuang tulangnya (Ikutlah berapa keping nak masak mengikut jumlah manusia dalam rumah)
Bahan perapan semalam:
Serbuk rempah BBQ
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Rosemary
Oregano
Parsley
Garam
sedikit minyak zaitun
~Perapkan semua bahan secukupnya kepada ayam lebih baik semalaman.
~ Panggang ayam di atas kuali leper sehingga masak dan hidangkan di dalam pinggan yang sesuai.

Bahan Sos (untuk 2 keping ayam)
2 sb mentega
1/3 cawan air
1/2 cawan sos lada hitam secukupnya
Serbuk lada hitam
Rosemary
Oregano
Daun Parsley
~ Panaskan mentega di dalam periuk atau kuali mungkum.
~ Masukkan air, kacau seketika sehingga hampir mendidih dan masukkan sos lada hitam. Kacau lagi sehingga mendidih.
~ Masukkan serbuk lada hitam, rosemary, oregano dan daun parsley.
~ Tuangkan sos ke atas ayam yang telah masak dan bolehlah dihidangkan bersama Potato Presto jika suka. Boleh juga dihidangkan bersama sayur-sayuran lain seperti sayur campuran, kacang peas dalam tin, brokoli hijau atau jagung bakar.
~ Cara menyediakan sayuran cuma panaskan sedikit mentega dan masak sayuran yang anda suka. Letakkan dalam pinggan hidangan. Cara menyediakan Potato Presto boleh tengok di sini.


Nota: Untuk adik-adik yang tiada serbuk-serbuk tu semua, boleh saja kalau cuma nak perap ayam dengan serbuk kunyit, lada hitam dan garam tapi rasa omputihnya tu kuranglah nanti... hehehe.

3 comments:

  1. sedappnya....untuk mas ada tak kak...nak 1 set..he..he..

    ReplyDelete
  2. Mane penah masak guna serbuk2 omputih tu kak..mane nak beli tu? Kt tesco ade ke?

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...