MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, January 26, 2011

SIAPA PUNYA TERCICIR DAAA.. DAH MENYUSAHKAN ORANG LAIN...

ASSALAMUALAIKUM wbt

SEMALAM petang tetiba jer Encik Rizar rasa tayar depan sebelah kanan macam semacam... hehehe... pernah dengar tak bahasa tu? Masa berhenti sekejap jumpa adik di Bangunan Abu Kasim tengok tayar dah agak lembik.. isk.. isk.. isk.. lalu kepala pun berpusing ligat memikirkan kedai tayar yang terhampir. Nasib baik berhenti dekat situ, kalau jalan terus ada yang nangis tepi jalan karang, lalu kami terus masuk ke Taman Tampoi Indah. Bila sampai dekat kedai kain yang ada diskaun sepanjang tahun tu tiba-tiba Encik Rizar teringat ada satu kedai tayar di sebelah hujung simpang kiri. Nak harapkan saya teringat... huhuhu.. mimpi pun belum taulah.. hik.. hik.. hik.

Sampai di Auto Champion Star, seorang pekerjanya datang memeriksa tayar. Dalam hati fikir mungkin tercucuk paku, tampal jer nanti. Lepas menaikkan jek.. eh.. jek tu betulkah ejaannya??? Sambung.... Lepas menaikkan jek, adik tu pun (pangkat adiklah.. muda lagi) memusing-musingkan tayar dan ternampaklah penyebab yang membuatkan tayar itu lembik.


"Tak boleh buat apa ni bang, kena tukar..." Huwa.. huwa... huwa...

Rupa-rupanya bukan paku punya angkara tapi ini...


L-key aka allen-key... entah siapa punya tercicir dan Encik Matrix tergelek.. sebab adik tu kata kalau tampal pun tak guna sebab tiub dalam tu dah pecah. Adoi!


Akhirnya memandangkan kami pun nak berjalan jauh sempena cuti Tahun Baru Cina minggu depan, Encik Rizar membuat keputusan untuk menukar kesemua tayar. Aik! Rasa-rasa macam baru jer tukar, dia punya bunga pun masih cantik tapi Encik Rizar kata tayar belakang pun dah nak botak. Baiklah, oleh kerana dia yang keluar duit.. suka hati dialah nak tukar semua ke.. tukar satu jer ke. Jangan minta duit kita sudahlah ya.. sebab sekarang ni kita kurang duit... Isk.. isk.. isk.. semua punca dari L-key tulah.. dah rezeki kedai tayar tulah.. apa nak buat.

Encik Matrix yang banyak berjasa

Encik Rizar pun banyak juga jasanya... hehehe

Yaya buka buku sekolah sementara tunggu ganti tayar... siapkan kerja rumahlah... apa lagi...

meh kita makan limau ngan minum 100plus sementara Tahun Baru Cina yang akan menjelang nanti... hehe

6 comments:

  1. dugaan sungguh kan? nasib baik dekat dengan kedai tayar...

    ReplyDelete
  2. Dugaan.....sabar jer yer tak.....

    ReplyDelete
  3. knp x singgah opis kak...blh rin sediakan kopi....hehehe...

    ReplyDelete
  4. paku dia kecik je tapi belanja nak tukar tayar tu boleh tahan kan. sabar je la

    ReplyDelete
  5. Madiha,Mas, ialah.. nasib baik enhubby cool jer.. huk2

    Aida, huk2 sapa sabotaj??? Erkkkk!!

    Erienz, ialah.. bila lagi nak pekena kopi Erienz.. aisehhh..

    Aidah, sepatah peribahasa, kerana nila setitik rosak susu sebelanga, terpaksalah buang tayar semua... huhuhu

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

JAP LAGI BUBUH TAJUK

Assalamualaikum... Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang beragama Islam  dan selamat meneruskan menjalani ibadah puasa.  Hurmm....