MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, January 11, 2011

UDANG GALAH GORENG BERCILI


ASSALAMUALAIKUM wbt

INI merupakan resepi tertunda. Ingat tak cerita kami beli udang galah yang kena tipu harga tu. Inilah dia udangnya tu dan ini hasil masakan En Rizar. Saya rasa masyuk betul rasa bercilinya tu. Malas nak cerita banyak, jom tengok resepi ulang tayang ni... hehehehe.

Bahan-bahan:
1/2 kg udang galah sederhana (lagi besar lagi sedap)
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2" halia*
3" serai*
15 tangkai cili padi kampung* (tumbuk halus bahan bertanda*)
2 sb cili kering dikisar
1 sdb sos tiram
1/2 sk garam
1 sdb gula
1/4 cawan jus limau nipis
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
~ Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga agak garing. Masukkan cili kering kisar, tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, garam dan gula. Gaulkan semuanya hingga sebati.
~ Masukkan udang, gaul rata dan masukkan jus limau nipis dan biarkan sehingga udang masak dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.

3 comments:

Mas said...

perrrhhh...meleleh air liur tengokk...

aNIe said...

Udang galah masak lomak cili padi pun sodap!!

Sari Yusa Ibrahim said...

Mas, erkkk! lap air liur tuh..

Kak Anie, lagi 1/2 kg, sy msk lomak cili api... hehehe, kan ada n3 dia

Share It

Anda Sukakan Ini?