MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi Whatsapp Sahaja : 0127799705 atau telefon/ sms 0127844524. PEMBERITAHUAN : Mulai Disember 2014 semua urusan boleh dibuat melalui satu talian sahaja iaitu 0127844524. Harap maklum.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, January 15, 2013

GULAI KAWAH DAGING KAMBING

ASSALAMUALAIKUM...

'Orang tua kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau alamat kita kena makanlah dengan rimau tu, hehehehe'

REMPAH gulai kawah yang dah dua kali naik kapal terbang itu Seri Kandi belek-belek. Terharu sungguh Seri Kandi bila satu petang ketika Seri Kandi turun ke pejabat untuk 'punch out' ada bungkusan yang tertampal label biru dengan gambal kapal terbang ada dalam 'pigeon hole' Seri Kandi. Pagi itu baru sahaja pengirimnya menghantar pesanan ringkas bertanyakan sama ada Seri Kandi sudah menerima bungkusan itu atau tidak. Khabarnya dah seminggu Kak PB menerbangkan rempah gulai kawah tu ke Tanah Jauhar. Bermakna rempah gulai kawah tu dah naik belon dua kalilah sebab Kak PB membelinya di Kelantan, betul tak Kak PB? Dan rempah tu turut ikut Kak PB berjalan dari utara ke selatan. Konon hari tu masa Kak PB berada di JB dapatlah kami berjumpa rupanya belum ada jodoh lagi, mungkin lain kali Seri Kandi pula akan terbang ke Negeri di Bawah Bayu untuk menjejak pondok buruk (PB) Kak PB, iyakah buruk??? Entah-entah istana tak, Kak PB??? ;-)))))


Seri Kandi dengan ER pun teruslah berangan-angan nak beli daging yang berlemak-lemak (orang Johor kata daging tetel) untuk dimasak menggunakan rempah gulai kawah ni. Yaya pulak asyik bercakap jer yang bondanya dah lama tak masak kari daging. Dah tu, bonda dengan babah tak sempat-sempat pulak nak ke pasar cari daginglah Yaya ):  Yaya kata, apa susah, kambing yang babah beli dalam peti ais tu bonda masaklah. Laaa.. kambing dalam peti ais tu 'mutton shoulder' untuk babah buat 'steak'. "Boleh jerlah bonda, Yaya ni dah lama tak makan daging," pujuk Yaya. Sedap jugakkan kalau guna daging kambing buat gulai kawah... urmmmm...

Lepas tu Seri Kandi pun pergilah ke blog Kak PB tu dengan hajat nak geledah dapur Kak PB. Tup-tup tersangkut dengan entry Ketam Percik Kak PB semalam dan satu lagi entry kontroversi Kak PB kelmarin.. kuang.. kuang.. kuang! Teruslah terlupa hajat nak cari resepi gulai kawah tu, ekekeke.. sabar ajelah. Petang-petang sikit Seri Kandi meng'google' dan terjumpalah satu resepi dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ni. Resepi asli gulai kawah dari Kelantan. Kebetulan Seri Kandi sekeluarga lebih sukakan rasa gulai kawah dari negeri Serambi Mekah ni. Kiranya memang kena benarlah dengan tekak Seri Kandi nikan. Seri Kandi tak sangka yang dapur wanita cantik dari Kelantan yang bernama Azie ni banyak sungguh khazanahnya. Lama betul Seri Kandi menyelongkar, hehe. Jangan marah ya, Kak Azie.. Seri Kandi dah kemas balik dapur Kak Azie. Kawah tembaga Kak Azie yang tinggi tupun Seri Kandi dah tolong lap-lapkan, hehehehe. Kepada Kak Azie, terima kasih banyak kerana berkongsi resepi dan langkah demi langkah memasak gulai kawah ni. Kalau tak jumpa blog Kak Azie ada kemungkinan Seri Kandi belasah jer macam masak kari.. hihi. Walaupun Kak Azie tidak tuliskan sukatannya, Alhamdulillah dengan pengalaman memasak yang setahun jagung ni semalam Seri Kandi dapat markah penuh lagi. ER tabik spring toing-toing bila menyuap gulai kawah ke mulut. Yaya kata, sedappppppppp bonda (sambil angkat ibu jari tinggi-tinggi) lepas ni tak payah beli gulai kawah kat kedai lagi, hihi. Seri Kandi?? Biasalah.. kembang kempis kembang kempis terus kembang tak kempis-kempis... huhu.


Gulai Kawah Daging Kambing
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :

500 gm daging kambing (Seri Kandi guna 'mutton shoulder' yang siap pack kat Jusco)
3 cawan air
4 ulas bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih dimayang halus
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2" lengkuas dihiris
1" halia dihiris
1 btg serai (diketuk dan disimpul) - Seri Kandi tambah
1/2 sb serbuk ketumbar **
3 sb rempah gulai kawah** (bancuh bahan bertanda** dengan air secukupnya)
1/2 cawan santan pekat
gula melaka - Seri Kandi lupa letak :(
1/2 sb gula pasir
1/2 sb garam
1 sb serbuk secukup rasa
1 keping asam gelugor (resepi Kak Azie air asam jawa)
2 sb kerisik
mumban nyior (yang ini Seri Kandi tak ada)
2 ulas bawang merah dimayang halus (asingkan dari bawang merah yang 4 ulas tadi)
1/2 senduk minyak masak untuk menumis

*Seri Kandi tambah segenggam cili padi

Cara-cara :
1. Rebus daging kambing dengan 3 cawan air sehingga empuk dan air berkurangan.
2. Dalam kawah kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan dimayang dan dihiris bersama serai, kulit kayu manis dan bunga lawang dengan api sederhana kecil sehingga garing.
3. Kecilkan api, masukkan rempah gulai kawah dan serbuk ketumbar yang telah dibancuh air. Goreng lama-lama dan sentiasa dikacau supaya tidak hangus. Gorenglah sehingga pecah minyak.
*Sebaiknya daging kambing masih terus dididih.
4. Masukkan rempah yang telah ditumis terus ke periuk yang ada daging kambing tadi. Masukkan juga santan dan bawang merah 2 ulas yang dimayang berasingan tadi. Gaul rata dan sebati. Masukkan garam, gula, serbuk cukup rasa dan asam gelugor. Cukupkan rasa masin manis tapi jangan terlalu manis banyak manis akhirnya menangis.
5. Masukkan kerisik dan cili padi kalau suka pedas. Sebatikan rasa dan pastikan daging kambing empuk barulah ditutup apinya.

*Masa makan boleh gigit sikit-sikit cili padi tu, keluar airmata baru best!! hehehe.

Catatan untuk Kak PB : Kak PB, terima kasih banyak-banyak di atas ingatan & susah payah Kak PB dan salam juga untuk Cikgu Fahmi, Seri Kandi rasa Cikgu Fahmi juga salah satu watak utama juga dalam menyampaikan hajat ini, betul tak?

apalah yang dimenungkan orang utan tu ya???
mutiara Sabah.. ada dua set satu Seri Kandi tengah pakai, malu lak Seri Kandi nak bergambar hari ni.. hehe
Catatan untuk Cik Embun : Nanti Seri Kandi beli daging tetel tu Seri Kandi masak banyak-banyak hantar Senai eh.. semalam baru rehearsal ;p

p/s entry ini terjadi adalah rentetan dari entry DUA LAUK RM18 DI SINI


 



 

18 comments:

  1. Daging kambing..memang feberet saya, tapi tak pernah masak sendiri..

    ReplyDelete
  2. Salam kak sari.. fuhh.. jauh betul terbang rempah tu ye.. tun xleh makan daging kambing, kalu mkn sure 2hari kepala pusing2. hihi

    ReplyDelete
  3. Oh... Kakcik suka makan gulai kawah. :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. ..meleleh air liur saya dibuatnya... salam perkenalan : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Eheh... kalau dah nak hantar Cik Embun punya jgn lupa pack sekali utk kakak tau. Kakak pun nak juga merasa...

    ReplyDelete
  6. Mutiara sabah cantik kan. Lagi kita pakai lagi berkilat kan... tergodalah juga kakak ni:)

    ReplyDelete
  7. Dear, serious. Meleleh air liur melihatkan gulai kambing ni. aduhaai rindu lak nak balik kampung. Makan gulai kawah masa orang bekwoh

    ReplyDelete
  8. sari,
    akk klu buat sure suami suka bebenor nie..dia paling suka mkn kambing..nnt akk cilok resepi nie jgk yer..tunggu rajin nnt akk nk menerai jgk..keccuuurrr:)

    ReplyDelete
  9. nmpk sedap tu.. cuma KA x minat daging kambing ni

    ReplyDelete
  10. kalau suami saya tgk kambing ni mmg dia tergoda lah...

    saya tak mkn kambing...

    cantik mutiara sabah kan...

    ReplyDelete
  11. Aduhai..ngences kami dibuatnya... Sedapnya tengok gulai kawah tu... Dapat pujian dari Yaya tentu sedap sangat tu... Lepas ni Kak Sari dah boleh buka kedai makan..

    Cantik kerongsang tu.. Kak PB memang ada mesej nak jumpa Nur juga.. Tapi takde jodoh sebab Nur takde di JB masa cuti hari tu...

    ReplyDelete
  12. mumbam nyiur hehe...maybe ada yg faham/tau benda apa tu..umbut kelapa..

    ReplyDelete
  13. mmmmm kak!!..sedap errr daging tetel..bab2 rempah gulai ni mmg payah nak dapat kat kedai kan..kalau ada kat pasaran kan senang kita nk masak anytime kan kak..dapnyeee, dapnyerrr..

    ReplyDelete
  14. Masih teringat2 rasa shell yg sedap tu. Mak kate kt sini xde.. Tp klo dpt gnti dgn yg ini boleh jg kan...

    ReplyDelete
  15. Panjang lebo entry gulai kawah melarat ke mutiara dan fm tu. Malu kita tau!! Sayangnya tenet mencekik darah betul, nak tengok gmbr pun seksa tunggu.
    Cikgu fahmi mmg watak penting dlm drama gulai kawah terbang sana sini...hehe. Mula tu dah kecewa nak beli sb bnyk beno halangannya. Tapi cikgu fahmi hari2 ingatkan. Kena jumpa dan kenal dia ni.

    ReplyDelete
  16. Kalau guna tetel mesti lagi umpphhhh kan kak..

    ReplyDelete
  17. wah.sedap2.semak resepi jap..sat lg nak masak

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?