NGERI-NGERI AYAM DI BATAM?

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...

SEMASA keluar dari kawasan parkir The Hills itu kami ternampak sebuah hotel yang kelihatannya agak baru, I Hotel dan ER mencadangkan agar bapak teksi itu membawa kami ke sana tetapi menurut bapak teksi itu harga bilik di I Hotel agak mahal.

"Eh! Tak apalah... pergi saja ke sana," kata ER.

"Jangan bang. Mahal tu di sana, kita tengok Seruni saja ya."

Kami pun terus di bawa ke Hotel Seruni yang terletak kira-kira 400 meter dari The Hills. Sebaik sampai, ER dan Seri Kandi terus ke kaunter lobi untuk bertanyakan tentang bilik. Alhamdulillah, masih ada bilik deluxe lagi yang berharga Rp405.000 iaitu kira-kira RM128. Bagi Seri Kandi agak berpatutanlah dengan keadaan hotel yang Seri Kandi jangkakan mungkin ada dua atau tiga bintang ni. Kalau nak dibandingkan dengan Harbourbay Amir, Habourbay Amir tu nampak lebih baik tapi macam Seri Kandi beritahu tadi agak jauh dari segala kemudahan seperti mall, makan dan sebagainya. Berbeza dengan Hotel Seruni yang berdekatan dengan komplek membeli-belah dan banyak pula terdapat rumah-rumah makan nasi padangnya... ish! Kecur pulak Seri Kandi, hihihi.

Jadi, selepas mendapatkan kunci bilik kami terus menunggu lif untuk naik ke bilik kami di tingkat tiga. Ternyata ramai sekali yang menunggu lif yang sebuah itu.

"Maaf ya, bang. Lif ini lagi jem," beritahu bellboy yang bertugas di situ.

Aduhai, jenuh betul menunggu lif. Rasa macam nak lalu tangga pun ada. Akhirnya dengan susah payah dapatlah juga kami menaiki lif tersebut. Dengan lafaz Bismillah dan salam Seri Kandi membuka pintu bilik.

"Allahhhh," ER senyum kambing pada Seri Kandi. Seri Kandi geleng-geleng kepala. Seri Kandi tak bersalah sebab Seri Kandi dah pilih hotel yang baik tadi, siapa suruh tak nak... hahahaha.

Dengan harga RM128, Seri Kandi rasa bilik tu agak baiklah juga berbanding dengan sebuah bilik hotel cinonet yang Seri Kandi pernah tersewa di KL dulu. Biliknya sederhana dengan sebuah katil bersaiz raja, lengkap dengan LCD TV dan peti ais. Cuma, ia bukanlah sebuah bilik hotel yang mewah. Bilik mandinya lengkap dengan tab mandi tapi untuk berendam dalam tu, tidaklahhhh Seri Kandi. Malah untuk ambil gambar pun Seri Kandi tak berani sebab Seri Kandi macam seram-seram gitu takut ada imej lain yang timbul dalam skrin kamera Seri Kandi. Alhamdulillah, walaupun ada rasa ngeri tapi tidur malam Seri Kandi agak lena diulit mimpi dan tiada apapun yang menghantui. Ngeri-ngeri ayam tu rupanya cumalah perasaan Seri Kandi, hihi.

Seri Kandi belum pernah jumpa lagi susu pekat manis coklat seumpama ini di Malaysia.
Seri Kandi beli di kedai runcit kaki lima ni tau, satu tin Rp8.000. Nak beli banyak-banyak berat pulak nak bawa :(


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. patutlah takde gambar hotelnyer yer.. betul jugak tu.. buatnya ternampak apa2 dlm gambar tu nnt mau demam pulak kan.. tak pasal2 jd percutian yg mengerikan.. hihi...

    ReplyDelete
  2. wa....tmpt orng kan kak....mmg klau da rasa lain tu...baik x yah la....

    Susu pekat mnis perisa coklat...? Sedap ke? ?

    ReplyDelete
  3. Lagilah bagus kalau snap bath tup keluar nenek sedang berkubang dalam tub - cuba Seri banyangkan.. takutlah tu ye:)

    Susu perisa coklat - advance juga mereka ni

    ReplyDelete
  4. aku pernah tido sorang2 dlm bilik hotel kat tanjung pinang.Bilik atas air pulak..masa tu tak de perasaan takut melain rasa mengantuk saje..hihih.Pernah jugak tido dlm bilik sorang2 masa roomate balik kg..tak sangka rupanya atas siling ada manusia..nasib baik aku tido tutup lampu :)aku terjaga sebab terdengar bunyi-bunyian semacam tikus sedang merayap sekali aku suluh kat atas..nampak sebahagian tubuh manusia berpakaian hitam...menggigil aku ketuk pintu bilik kawan2 lain..hampehnya masing2 ketakutan tak mau buka pintu..kureng asem punya housemate!

    ReplyDelete
  5. Kak, saya ingat "ngeri2 ayam" tu resipi indon tau....sabarr jee lah kan si mat..tau resipi jeee..hahaha...eh nak buat gak lah satu resipi 'ngeri2 ayam'..tinggg!! idea sudah mari..terima kasihh (*___^)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!