MAKAN DI KAWD - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI KAWD

Assalamualaikum...

EJAANNYA KAWD, sebutannya Caught atau dalam Bahasa Melayu 'Tangkap'.  
Tagline-nya,  "Makan Cukup,  Minum Cukup,  Hati Bahagia", ibarat kata pepatah,  "Gendang gendut tali kecapi,  kenyang perut suka hati, " gituuuu. 

Restoran Kawd yang baru dibuka di tapak bekas restoran terkenal,  Ejohng Concept yang telah sekian lama ditutup. Sejak ternampak kerja-kerja baik pulih dilakukan,  kami mula teruja tambah lagi sejak papan tanda dinaikkan dan kerusi meja telah mula disusun.  Rasa tak sabar nak pergi,  bagai memanggil-manggil dan ingin tahu konsep yang bakal dibawa oleh Kawd adakah setanding dengan Ejohng Concept 


Dari mata turun ke hati.  Dekorasi dalam dan luar restoran yang berkonsep moden tetapi klasik dengan penggunaan lampu mentol yang bergantungan pada batang-batang pokok ukuran sepemeluk kanak-kanak kelihatan agak rare. Begitu juga dengan batang-batang pohon yang menghiasi dinding di sebelah dalam restoran.  Paling unik sekali cantuman-cantuman litar elektrik yang dijadikan titik tumpu di suatu sudut.  Terfikir pulak mengapa idea ini terlintas di fikiran pemilik,  adakah beliau merupakan seorang juruteknik elektrik asalnya yang bertukar kerjaya,  hahahah.  


Kami mengambil sendiri buku menu ini memandangkan staf restoran kelihatannya begitu sibuk terkejar ke sana dan ke sini.  Tak silap Sk,  restoran ini baru seminggu lebih dibuka,  mungkin sistem pengurusan mereka masih dalam proses naik taraf memandangkan pesanan dari meja dihantar terus ke dapur menggunakan aplikasi pada telefon bimbit yang digunakan staf. 


Iman bertanya kepada Pak Inche sama ada berminat untuk memesan Nachos kegemarannya sebagai pembuka selera. Sk membelek buku menu,  boleh tahan jugak rege nachos di sini tapi agak logiklah jugak dengan sos pencecah iaitu Beef Con Came, Keju, Sour Cream dan Chilli Jeruk. 


Namun bila Nachos diletak ke atas meja,  kami terus WHAT??  Macam ni doploh hengget. Cuma ada Beef Con Came sahaja. Pak Inche memanggil staf dan bertanya tentang Sour Cream yang sepatutnya diletak bersama.  Dia datang balik dengan suku cawan kecil sour cream.  Kedekut,  kata Pak Inche. Keju dengan Chilli Jeruk memang tak dibagi pun sampai ke sudah. 



Sebagai peminat pasta,  tiada satu pun menu pasta yang ditawarkan kena dengan tekak Sk.  Tak nampak menu carbonara tapi banyak yang creamy ala carbonara tapi rencahnya agak pelik.  Itik,  lembu, sosej,  chicken ham.  Hurmmm..  Walaupun bukan peminat Aglio Olio,  Sk memilih Seafood Aglio.  Ia merupakan hidangan makanan laut bersama spaghetti, minyak zaitun dan bawang putih.  Ia turut dihidangkan bersama sekeping roti bawang putih yang rangup kulitnya dan gebu rotinya. 


Pasta yang dimasak dengan cukup sempurna secara olio dengan makanan laut seperti udang,  sotong dan kupang yang betul-betul sedap.  Rasa bawang putih,  lada hitam dan chilli flakes agak seimbang dan sesuai digandingkan dengan seafood.  Siapa yang ke sini,  Sk rekomen anda mencuba hidangan ini. 


Sebagai peminat Spaghetti Bolognese,  Iman agak kecewa kerana ia tiada dalam menu.  Iman memilih Beaconizer Creamy. Ia merupakan Pasta dengan Sos Carbonara yang dihidangkan bersama daging salai.


Tapi yang dihidangkan ke meja,  ayam??? 
Kami bertanyakan staf yang menghantar hidangan,  dia menunjukkan kembali slip kertas pada tangannya yang tertulis Beef..  hurmm.  Lama Iman menunggu pesanan,  ni kalau minta tukar,  entah kena tunggu sejam lagi.  Selepas memastikan menu itu adalah ayam dan menukar pesanan dalam sistem,  barulah Iman makan.  Sebenarnya yang sampai ke meja tu ialah Butter Chicken Pasta.  Ianya semata-mata Ayam Masak Mentega yang dihidangkan bersama spaghetti.  Sosnya??  Buttercream tu la..  Boleh bayangkan tak betapa muaknya masa makan tu..  Hahahaha.. 


Memandangkan menu gril yang ada boleh tahan jugak mencekik regenya, Pak Inche memilih Chicken Grill.  Ni jalan paling selamat la kan,  hahahaha. Takut oi tengok harga steak kat sini.


Wowww.. Dua keping ayam rupanya,  patutlah sepinggan RM18.  Ia dihidangkan bersama sos barbeque. Potion yang besar macam ni Sk cadangkan anda berkongsi sebab memang agak muak jika makan ayam sampai dua keping,  kan.   

Tahniah kepada Kawd,  walaupun makanan lambat,  pelanggan ramai tapi staf anda sentiasa mesra dan tidak jemu melayan kerenah pelanggan. Semoga terus maju dan bahagia di masa akan datang.  

jom ke

KAWD RESTORAN
TAMAN SERI PULAI PERDANA,  KANGKAR PULAI

10 comments:

  1. Walaupun dekat dengan rumah tapi belum pergi cuba lagi..Insyaallah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. Ni yang dekat dengan rumah Kak Seri tu ek..macam pernah dengo Ehjong tu..oo dah tukar kedai ek..tapi kalau nengok gambo macam sedap aje spageti Mak Inche tu....kita pantang nampak spageti alio ni hehehe

    ReplyDelete
  3. nampak menarik..tp bab lambat dan salah deliver order tu yg menyampah kadang-kadang. tapi takpelah mungkin staffs masih baru lagi yek

    ReplyDelete
  4. makanan barat yg sedap2 belaka. pasti akan berkunjung ke sana...

    ReplyDelete
  5. ahahaha kenapa semoga bahagia...hhahhahahah...adoi akak ni! mentang2 tagline dia hati bahagia... 🤣🤣

    mahal jugak ek rega makanannya tu...makanan pulak ala2 fusion gitu ehhh

    ReplyDelete
  6. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih