MAKAN ASAM PEDAS SEDAP DI NUR YAQIN, ELMINA SELATAN LEBUHRAYA GUTHRIE - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN ASAM PEDAS SEDAP DI NUR YAQIN, ELMINA SELATAN LEBUHRAYA GUTHRIE

Assalamualaikum...

"BONDA... boleh tak Yaya nak balik cuti Deepavali ni?" Tanya Iman dalam whatsapp group beberapa minggu sebelum cuti Deepavali. Aaaa.. dia ingat babah dia bagi dia nak balik sendiri. Bila anaknya cakap pasal nak balik cuti, maka panjanglah pulak akal Pak Inche nak ke sana. 

"Jomlah kita pergi, kita pun lama tak makan kat New Hollywood," Nampak tak permainan dia, makan jugak yang diingatnya.

Tapi bagus jugak, dapatlah Sk singgah makan di lokasi makan yang tersenarai sebagai tempat makan menarik di Ipoh iaitu Cafe Konda Kondi, boleh baca di sini


Tapi, kan.. Sk tak sabar nak cerita kisah perjalanan balik ke JB semalam yang menempuh jem sakan.
Seperti biasa, kalau dah sarapan di hotel, memang ambil masa sikit nak lapar balik, hahaha. Jadi, Pak Inche ajak singgah makan di Melaka aje. Nak cuba makan di satu tempat tu yang sedang viral, katanya port Asam Pedas paling sedap di Melaka. Sepanjang perjalanan mengikut jalan lama tu memang Pak Inche la yang memandu sementara Sk zzzz, caj bateri la sebelum giliran kita pulak pegang stereng kan. Sk tersedar bila kami dah sampai di Tanjung Malim, Pak Inche tunjuk Restoran Yik Mun. Sk menolak, hurmm.. agaknya mata masih mengantuk dan tekak ni sebenarnya teringin nak makan nasi berlauk. Jadi, kami keluar dari Tanjung Malim masuk highway tu memang masih jem lagi lalu kami ambil keputusan ikut Lebuhraya Guthrie. Bolehlah singgah di RNR Elmina Selatan untuk buat apa yang patut.

Dah lama kami tak lalu Guthrie ni tau dan dulu-dulu memang kami tak pernah singgah RNR sini. Meriah sungguh siap ada busking dari uncle-uncle yang mendendangkan lagu-lagu evergreen. Dah macam raya puasa, hahaha. Tapi yang best, taklah penuh sesak dengan manusia seperti RNR di sebelah utara yang kami lalui sebelumnya. Sk tanya Pak Inche kotlah dia nak makan di sini.. keee... nak jugak makan Asam Pedas yang viral tapi sedap belum tau tu. Pak Inche angguk setuju lalu kami singgah di gerai yang menghidangkan Asam Pedas Claypot, Nur Yaqin Enterprise nama kedainya.


Pilihan Sk, Asam Pedas Tenggiri manakala Pak Inche pilih Asam Pedas Daging, lupa nak ambil gambar mangkuk asam pedas Pak Inche.
Pehhhh.. Memang tak sia-sialah berhenti di sini dan pilih untuk makan di sini. Kuah asam pedasnya memang perfect, masam tidak terlalu masam, pedas tidak terlalu pedas, secukup rasanya macam asam pedas air tangan ibu sendiri tau. Setiap set asam pedas didatangkan bersama nasi putih, timun, sambal belacan dan telur masin. Bayangkan Sk menghirup kuah asam pedas ini hingga ke titisan terakhir, phewwwwww! Ini barulah asam pedas! 


Ada orang tu dah kenyang makan asam pedas tapi dia memang pantang nampak Nasi Lemak Daun Pisang, hurmmm... 
Nasi Lemak Daun Pisang ni datang dari gerai yang sama.


Selain pelbagai jenis asam pedas, ada juga dijual masakan panas seperti Kuey Teow Goreng, Mee Bandung dan Nasi Goreng. Tapi, Sk memang rekomen la asam pedas dia. Gerai Nur Yaqin ni terletak di sebelah gerai minuman, nombor dua kedudukannya dari kawasan taman permainan, tandas dan surau. Adehhh, sampai sekarang masih teringat lorrrr..

Burpppp! Alhamdulillah...

15 comments:

  1. Nampak sedap la asam pedas...lamanya SA x makan asam pedas..lauk2 pedas pun dah lama tak makan...haih...ntah bila la nak elok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah SA, pantang kena jaga nanti sakit sndiri juga yg merana

      Delete
  2. Jauh perjalanan, banyak tempat makan boleh singgah kan Kak..tapi beza dengan Suami Lin, dia kalau boleh malas nak singgah RnR ni kak, dia rimas kadang ramai sangat orang..kadang nak kencing pun gi petrol pam aje, kecuali solat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Inche pun jenis sama cam En Sabar tu, ni kira mood dia ok la nak mkn kat RNR, dapat pulak sedap masakannya, siap kata next time kita singgah sini lagi, hihi

      Delete
  3. alahai sedapnya semua menu, meleleh ayaq liur kami di sini. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kannn... Lagilah asam pedasnya macam Asam Pedas Ori Johor

      Delete
  5. Find out how to get started with email marketing. GC Tech's guide efficiently helps you through creating and sending an email marketing campaign.

    ReplyDelete
  6. lapar tengok asam pedas tu . Saya tak pernah lagi rasa asam pedas daging atau ayam , biasa dengar je . Kena try nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tau Asam Pedas Daging atau Ayam ni, masa masak tu letak daun limau purut, pehhhh!

      Delete

  7. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete
  8. Great artcile, however it would be better if in future you can share more about this subject. Continue posting. Join Origin Access Premier and get The Sims 4 Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories. Plus, get access to a library .. sims 4 news

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih