MAKAN DI KAMPUNG KAMBING - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI KAMPUNG KAMBING

Assalamualaikum...

DAH makan ke belum tu? Hari ni Sk makan tengahari agak awal sikit,  sebab apa... sebab Sk tak sarapan pagi ni.  Ya,  sarapan tu memang penting tapi kenapa tah hari ni macam tak lalu nak bersarapan tambahan pulak bila seorang di rumah. Berangannya nak lipat kain baju dan gantung di hanger tapi dah pukul 2 ni,  satu apapun tak bergerak 🙈🙈🙈



Hari ni,  Sk nak bawa anda ke Gerai Kampung Kambing yang terletak di Medan Selera Iskandar Malaysia yang terletak di Gelang Patah. Ia merupakan kedai makan dalam kawasan medan selera.  Jadi tak perlu risau tak ada meja sebab medan selera ni luas.  Yang penting,  Kampung Kambing menjanjikan hidangan yang pastinya membuka selera anda dengan pelbagai menu nasi goreng dan sesuai dengan namanya, Signature Dish di sini tentulah kambing 😁


Nasi Goreng Timbus Gearbox RM12
Sk pasti penggemar kambing mesti sukakan menu nasi goreng yang dihidangkan bersama gearbox serta sup ini. Nasi gorengnya sungguh sedap,  sambil suap nasi goreng,  sambil gigit daging kambing,  sambil hirup sup..  Wallaweiii!! 


Nasi Goreng Kampung Kambing Grill RM12
Kalau anda tak suka makan kambing yang bertulang, apa kata anda pesan sepinggan nasi goreng kambing yang dihidangkan bersama kepingan kambing yang dipanggang. Tentu puas anda menikmati keenakan hidangan ini. 
Kampung Kambing juga menawarkan menu kombo istimewa untuk kambing panggang ini di mana ia didatangkan bersama nasi putih,  telur mata,  papadom dan minuman dengan hanya RM10 sahaja. 


Sup Gearbox RM12
Anda juga boleh memesan sup gearbox ini sambil menikmatinya bersama nasi putih dan telur dadar. Pasti mak mertua lalu pun tak sedar 😆😆


Nasi Goreng Kambing Padprik RM12
Bagi anda yang keliru nak makan menu yang mana satu,  Sk rekomen Nasi Goreng Kambing Padprik ni sebab rasa nasi gorengnya yang mantap.  Ada juga set kambing padprik bersama nasi putih,  telur mata,  papadom dan minuman dengan hanya RM10 sahaja. 


Nasi Goreng Tomyam RM10
Jika anda penggemar makanan laut,  apa kata anda pesan sepinggan nasi goreng tomyam yang sememangnya sedap dan lazat ini,  pasti tak menyesal tau. 


Oh,  ada pulak yang tak makan kambing,  tak makan seafood..  hurmm..  Anda pesan sahaja sepinggan Nasi Goreng Kampung Petai ini.  Sepinggan hanya RM8 anda pasti puas menikmati petai yang banyak dan segar. 

Dahhh..  Petai pun tak makan??  
Scroll ke bawah
.
.
 . 



Kalau tak makan petai,  banyak lagi menu yang sedia dihidangkan mengikut pesanan anda di Gerai Kampung Kambing.  Jangan risau,  namanya sahaja Kampung Kambing tapi tukang masaknya semuanya manusia yang kacak lagi lawa 😚😚😚



Gerai Makanan Kampung Kambing
Waze : Medan Selera Iskandar Malaysia,  
Gelang Patah

Dibuka setiap hari kecuali Selasa
10 pagi hingga 10 malam. 

Kedai Kampung Kambing juga menawarkan khidmat penghantaran waktu makan tengahari dan malam.  Jadi,  kalau rasa malas nak keluar makan tu telefon sahaja

011 1197 8193


7 comments:

  1. Nasi Goreng Kampung Kambing Grill tu menggugat iman la.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kambinggggg...lama dah puasa makan kambing..nak cuba la makan weekend ni...tapi as usual masak sendiri la kot

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semuanya, lagi-lagi kalau semuanya menu kambing...peberet kita...

    ReplyDelete
  4. teringin nasi goreng kampung kambing grill tu

    ReplyDelete
  5. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    judi Sbobet Online

    Judi Sportsbook Online

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih