FETTUCINNE DAGING CARBONARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

ASSALAMUALAIKUM wbt

BELUM lagi memasak untuk makan tengahari sudah mengadap pc.. hehehe. Nasi sudah mendidih dalam periuk elektrik, sekali sekala tutup periuk kedengaran menari-nari kelentak kelentuk bila wap-wap nasi mengapung. Tapi saya leka di sini menaip entri untuk tatapan pengunjung yang akan singgah nanti.

Fettucinne Daging Carbonara ini merupakan menu makan malam kami sekeluarga malam kelmarin. Sos carbonara ni merupakan feberet saya tapi bukan suami. Alah, sekali sekala kenalah ikut juga rentak sang isteri, takkanlah suara suami jer yang nak didengari, betul tak... hik.. hik... hik. Tak susah memasaknya, guna sahaja bahan-bahan segera. Kalau suka anda boleh menggantikan daging dengan makanan laut atau tuna, yang penting mesti gunakan fettucinne nanti kena ubah tajuk pulak... hahaha.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Secekak fettucinne (ikut berapa orang nak makan atau berapa kali nak tambah... hehe)
  • Sedikit minyak zaitun atau minyak masak
  • Sedikit garam
  • Air untuk merebus secukupnya
  • 1 sb mentega
Bahan B (Sos):

  • 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang kasar
  • 1 tin sos carbonara jenama Prego (saya guna carbonara mushroom)
  • 1 bungkus daging cincang jenama Ramly
  • 1/2 tin susu Uht (Gunakan tin sos carbonara)
  • sedikit minyak zaitun atau minyak masak untuk menumis
Hiasan:

  • Daun parsley cincang (kalau dapat yang segar lagi bagus)

Cara-cara:

  1. Didihkan air rebusan, tambahkan sedikit garam dan minyak zaitun.
  2. Masukkan fettucinne, rebus sehingga lembut atau mengikut arahan pada bungkusan.
  3. Toskan fettucinne dan gaulkan dengan mentega atau sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Sediakan sos:

  1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan masukkan daging cincang. Masak sebentar hingga daging cincang masak.
  2. Masukkan sos carbonara, gaul rata. Tambahkan susu uht, masak hingga mendidih.

~Hidangkan fettucinne tadi bersama sos carbonara dan taburkan sedikit daun parsley di atasnya.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Sari,
    dah lama akak tak buat fetuccini ni. anak2 memang suka menu western macam ni

    ReplyDelete
  2. o..mcm tu masaknye...blh cubalah nnti..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!