KARI SARDIN STAIL MAMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...


DAH lama teringin nak makan Kari Sardin Stail Mamak ni. Tapi,  disebabkan Iman dan Encik Rizar tak makan lauk sardin,  maka terbiar sepi jer hasrat tu.  Yang pelik,  lauk sardin tak makan tapi sandwich sardin makan pulak,  haha.  Oleh sebab pagi ni buat sarapan sandwich sardin,  jadi Sk asingkan seekor bersama sosnya untuk dimasak kari mamak. ER kata,  patutlah hari ni macam sikit aje inti sandwich tu,  sabo ajelah. 

Rasanya Sk pernah kongsikan resepinya sebelum ni tapi tak apalah,  kita taip sekali lagi,  hehehe. 

Kari Sardin Stail Mamak

Ikan Sardin dan Sosnya (Sk guna cap ayam) 
Bawang besar dimayang
Kentang (potong baji dan goreng hingga masak) 
Tomato (belah empat) 
Cili padi mengikut kepedasan disukai
Sedikit cili dan bawang merah dikisar halus
1 sudu besar serbuk rempah kari ikan atau daging
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Caranya :
1. Panaskan minyak dalam kuali. 
2. Tumiskan bawang yang dimayang hingga layu. 
3. Masukkan cili dan bawang yang dikisar,  terua menumis hingga pecah minyak. 
4. Rempah kari bancuh dengan sedikit air jadikan pes,  masuk dalam kuali dan terus tumis hingga pecah minyak. Tambah air jika perlu. 
5. Masukkan ikan sardin dengan sosnya sekali,  kacau hingga sebati. 
6. Masukkan kentang, cili padi dan tomato, kacau sekejap. 
Siapppp!! 

Malam ni rasa nak ngulang makan dengan lempeng atau roti canai laaa..  Hahahah. 



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. suka sardin tapi mak ayah tak suka. so kadang2 je makan bila tingin sangat. tapi tak penah makan cemni. rare ni resepi ni hehe..

    ReplyDelete
  2. perghhh ri tu mama yang buat entri ikan sardin..hari ni kak seri lak..saja je kannn

    ReplyDelete
  3. Lamaa kita tak masak sardin..
    Selalu masak sambal cili, kicap, kari dan juga asam pedas jer..
    Nanti nak try gak laaa stail mamak macam ni..cecah lempeng sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  4. Ok... Ni macam ahli keluarga..Aku tak makan ikan tongkol ..cakap cam Hina.. disgusting..like.kalau tulang..ikan parang makan je....
    Keluar... jalan masuk cafe order satu croissant filling tuna.

    Lepas Tu suruh masak tuna Dalam tin dengan cili.....bagus

    Tuna English tongkol melayu.. hehe

    ReplyDelete
  5. pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....makan dengann lempeng atau roti canai..... nangessss bacaaaa blog kak seri macamm ginii...ain siap boleh bayangggg..hahahhaa...

    ReplyDelete
  6. Ya allaahhhhhh dugaan apa ni tengah malam nampak entry nih. Aduhhhh da plan tak mau makan. Ada japgi masuk dapur masak ikan sardin kanggg.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!