Assalamualaikum...
TENTU ramai yang tertunggu-tunggu siapakah yang berjaya menggondol hadiah tempat pertama dalam Pertandingan Juadah Ubi Kayu semalam, kan.
Ubi Kayu Goreng dan Sambal Tomyam
Juadah yang dihasilkan oleh pelajar program Penyediaan Makanan.
Selain ubi goreng, mereka juga menyediakan ubi rebus yang juga disajikan dengan sambal tomyam yang telah berjaya menarik perhatian juri untuk memenangi tempat pertama. Memang sedap sambal tomyam tu tau dan serasi rupanya digandingkan sama ada dengan ubi rebus ataupun ubi goreng.
Menurut Puan Khadibah, mereka cuma menggunakan bawang, cili hidup dan kiub tomyam bagi meyediakan sambal tersebut dan ternyata formula tersebut telah mengangkat mereka sebagai juara.
Siapa yang akan lupa bersarapan dengan ubi kayu rebus, ikan masin dan kelapa parut suatu ketika dulu kan. Kalau rajin sikit adalah sambal ikan bilis di pagi hari, gituuu.
Juadah dari Bahagian Pentadbiran ini telah memenangi tempat kedua.
Ubi Kayu Rebus dengan Sambal Kari dari Pelajar Program Pelukis Pelan Senibina telah terpilih sebagai tempat ketiga.
Walaupun selalu belajar melukis pelan tapi pandai juga memasak, tahniah!
Pengat Ubi Kayu bersagu dengan bebola ubi kayu yang dijadikan sandaran mencuba nasib oleh pelajar kursus Automotif.
Haaa.. Chef Mekanik ni namanya.
Ubi Rebus dengan Sambal Sardin dari Pelajar Sistem Komputer.
Sk selalu makan Sambal Sardin dengan lempeng aje, sedap jugak rupanya makan dengan ubi rebus.
Ubi Rebus dengan Sambal Bilis tentunya tidak pernah mengecewakan. Namun dalam pertandingan kita kena menjadi lebih kreatif.
Satu lagi percubaan Ubi Rebus dengan Sambal Bilis dan Cili melengkau, hehehe.
Pengat Ubi Kayu dengan Sos Gula Melaka dari Program Sistem Maklumat.
Menurut Chef Pai selaku juri dalam pertandingan, pemilihan pemenang adalah mengikut tiga kriteria iaitu tekstur ubi yang dimasak, rasa dan kreativiti serta hiasan.
Tahniah kepada semua pemenang, bagi yang tak menang anda tetap menang kerana berani untuk bersaing.
Wassalam.
Pemenangnya tu ikut ikutan gambar dr mula ke Kak ? Yang bujang semalam tu tak menang eh?
ReplyDeletesemua nampak sedap jjeee. tp pling mek suka ubi kayu rebus dengan gula. allah
ReplyDeletewah.. nampak sedap semuanya :)
ReplyDeleteTeringat masa kecik2 dulu, makan ubi rebus dengan ikan kering bulu ayam,
ReplyDeletewaktu petang halau burung di bendang.
aduh sedapnyaaa,
ReplyDeleteSedap nya terliur betul acik tengok..peminat ubikayu no satu acik ni.nak dapat ubikayu je susah
ReplyDeletewahhh sambal tomyam! boleh try buat sendiri nanti!
ReplyDeleteperghhhh makcik pakcikkk nengokkkk niii habissss terliurrr..hahahhaa..
ReplyDelete