PETUA MEMILIH CEMPEDAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum…

DI SANA  sini banyak kelihatan gerai-gerai buah-buahan yang menjual cempedak, kan. Sk biasa dengar orang tua cakap, kalau cempedak dah mula banyak, maknanya musim durian dah nak habis. Tapi sekarang ni durian pun macam dah tak bermusim, sepanjang masa ada durian. Wallahu 'alam.

Cempedak Goreng boleh dikatakan antara makanan yang menjadi favourite Encik Rizar. Sambil menggoreng tu memang kena sembunyikan kalau tidak memang wassalam. Sekarang ni kalau membeli cempedak wajib beli dua biji. Sebiji aje diperuntukkan untuk dia kalau tak alamat Sk dan Iman dapatlah makan tiga ulas sorang. Kejam tak kejam? Hahaha.

Walaupun bukanlah selalu sangat membeli cempedak ni, Sk tahulah jugak sikit-sikit petua dan cara memilih cempedak. Jadi kepada yang lebih pakar tu minta maaflah ya, Sk tumpang lalu.. hehehehe. Kalau salah, boleh betulkan di ruangan komen.

Sumber gambar - Google Image

1. Saiz ulas cempedak 
Perhatikan gambar cempedak di atas. Nampak tak corak duri cempedak tu? Kalau halus-halus tu maknanya ulas cempedak kecil dan isinya banyak. Kalau besar-besar tu ulasnya besar dan isinya pun tak banyak. Sk lagi suka yang besar sebab isinya lebih tebal. Tapi yang tak bestnya tak banyak ulas dalam sebiji cempedak tu.


2. Pilih cempedak yang kulitnya elok
Memilih buah cempedak yang elok kulitnya tanpa ada lubang atau kecacatan kerana ia kemungkinan telah dimasuki serangga atau lalat yang menyebabkannya ianya berulat.

2. Cempedak yang matang berwarna kekuningan
Pilih cempedak yang berwarna lebih kekuningan. Jangan memilih cempedak yang warnanya hijau kerana anda mungkin akan mendapat cempedak yang mengkal. Pengalaman Sk terbeli cempedak yang masih hijau, menurut penjual tu akan masak dalam masa dua tiga hari.. tunggu punya tunggu sampai ke sudah tak masak. Dah merajuk buahnya barangkali, huwaaaa. 

3. Sentuh permukaan kulit cempedak
Sentuh kulit cempedak, jika durinya sudah tumpul dan lebar bererti cempedak telah matang. Tekan perlahan kulit cempedak, kalau rasa empuk gitu, maknanya ia sudah sedia untuk digoreng.

4. Hidu aroma cempedak
Cempedak memiliki bau yang kuat dan manis. Jadi, jika baunya dah menyengat tu maknanya cempedak sudah cukup masak untuk dinikmati.


Buah cempedak yang Sk beli semasa dalam perjalanan pulang dari pasar Pontian tempohari.
Sebenarnya beli dua biji dari  jenis berlainan, tapi yang satu lagi tu lupa nak ambil gambar, hehehe. 

Nanti Sk kongsi petua nak bancuh adunan tepung yang rangup pulak ya.
Tungguuuuuuuuu!

p/s - En WP, ada nak tambah???
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hari tu bawak balik dari kampung..letak atas meja..kemain lama nak masak oi..siap belah dah, tapi mengkal lagi..lepas tu ady suruh letak kat lantai simen, bagi cepat masak..dua hari kemudian da bole goreng..itu pun hampir lupa..da berulat sikit belah bawahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tak teruk ulatnya sebab pernah dengar cempedak jgn letak atas simen direct. yg berulat tu mungkin sebab Sunah dah belah tu ada serangga masuk

      Delete
  2. kita tau kalau bau semerbak tu,maknanya cempedak tu dah masak...adehh..sedapnya......

    ReplyDelete
  3. Dulu ingat cempedak dengan nangka tu sama tau. Naseb tak goreng nangka hahahahahah

    ReplyDelete
  4. 1. Pilih cempedak yang sekata bentuknya. Kalau bengkuk2 tu kurang isi.
    2. Tenguk tangkainya. Cempedak matang tangkainya berwarna perang bukan hijau.
    3. Kalau tangkai dan kering atau kecut maknanya cempedak tu dah lama disimpan
    4. Jangan lupa kalau beli cempedak di gerai/tepi jalan, mintak tebuk sikit tenguk isinya.
    5. Isi yang kuning lebih mantop dariada isi yang putih.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!