SOTONG MASAK HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...


SEKARANG ni kalau pergi pasar,  agak sukar nak jumpa sotong bersaiz sederhana.  Kalau ada tu yang besar sangat,  yang tu Sk tak berapa suka nak beli. Ialah,  sotong besar ni harganya boleh tahan jugak berbanding yang saiz sederhana tu,  tapi kekdahnya nanti sama jugak bila nak masak kita akan potong-potong kan.  Jadi,  baiklah beli sotong biasa aje.  Satu lagi,  sotong besar ni tak boleh frozen lama sangat,  nanti dia jadi macam kayu,  hahahah.  

Jadi,  sebab dah lama nak makan sotong,  beli jugaklah sotong kecil ni.  Saiznya adalah sebesar dua ibu jari. Tapi bila dah masak dah sama saiz dengan jari kelingking pulak,  hehehe.  Masa siang,  Sk cuma buang tulang nan satu tu jerlah.  Beli sekilo dapat dua bekas tipuware ais krim tu,  setengah kilo dah wassalam masak sambal,  ada lagi setengah kilo ni kita buat masak hitam,  lauk yang dah lama tak dimakan,  rinduuu... 

Resepi Sotong Masak Hitam

Sotong kecil dibersihkan,  hitamnya jangan dibuang
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya

Perapkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam. 
Sedikit hirisan halia
1 biji bawang besar dimayang
1 tangkai cili merah dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak untuk menumis

Caranya :
1. Panaskan sedikit minyak,  tumis halia dan bawang merah hingga layu. 
2. Picit badan sotong hingga dakwat hitam pecah, masukkan ke dalam kuali, kacau sebentar. 
3. Masukkan cili merah dan serbuk lada hitam,  terus mengacau hingga sotong kecut dan masak. 
(tidak perlu tambah air kerana sotong keluarkan air sendiri) 
Tutup api dan bolehlah dihidangkan. 
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selalu nampak blogger buat masakan sotong mmacam ni tp SA x pernah cuba masak..sedap ye...

    ReplyDelete
  2. Teringin nak masak sotong macam ni tapi bila bersihkan mesti buang dakwat dia. Huhuhu. Nanti nak try laaa.

    ReplyDelete
  3. tak pernah try masak macam ni...boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. Dalam sebulan mesti buat sotong hitam ni .
    Peberet anak² ...

    ReplyDelete
  5. haishhh nampak sis lin punn up sotong masak hitammm..ginii kenaaa gakkk masakkk resepi ni...barulahh genggg powerpuff gurl jdt blogger.hahahhhaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!