Assalamualaikum...
HARI ini Sk menikmati makanan tengahari dari Restoran Kuntum Selasih. Di mana pulak restoran tu ya? Tak pernah cerita pulak, kan.. Itu adalah restoran yang disediakan di Kolej Kemahiran Johor khas untuk acara makan-makan atau setiap kali pelajar program penyediaan makanan membuat latihan atau peperiksaan amali. Di sinilah hasil masakan akan dipersembahkan kepada tetamu.
Untuk tema hari ini, makanan disediakan dalam bentuk table d'hote iaitu makanan akan dihidangkan satu persatu sehingga selesai bermula dengan appetizer, soup, main course dan dessert.
Beverages - Honey Lemon Ice
Menghilang dahaga di kala cuaca panas
Appetizer - Crab Meat Mango with Curry Mayo
Broccoli Soup with Soft Roll
Lamb Rack with Rosemary Sauce And Mint Sauce Dihidang bersama Grill Potato, Carrot dan Asparagus.
Sk suka rasa rosemary sauce tu, nanti kita minta resepi dengan cikgu dia.
Lepas tu kita beli Lamb Rack tu, dapnyaaa masak sendiri kat rumah boleh makan banyak-banyak kan.
Peminat kambing macam Sk memang sukalah bila nampak menu ni. Sedap pandai budak-budak ni masak dan pandai cikgunya mengajo, hehe.
Dessert - Panna Cotta dihidang bersama sos strawberry dan aiskrim green tea.
Sedap panna cotta ni.. & keseluruhan Sk bagi 3.8 bintang.
Tahniah semua pelajar kursus Penyediaan Makanan Tahap 3 dan sudah pasti kepada pengajarnya sahabat Sk, Pn Hasrimawati.
salam singgah. wah menarik nya semua makanan. cantik mata memandang, terus terliur ^_^
ReplyDeleteDah macam program Master chef Australia.
ReplyDeleteUntung jadi juri.
wowwwwwww,,,, menyelerakan betullll..
ReplyDelete