MAKAN DI NASI PADANG HIGHWAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum... 

CERITA tengahari semalam. 

Paginya,  Sk terlibat dengan satu mesyuarat berkenaan sistem pendaftaran pelajar di Kampus Induk yang terletak di Jalan Kota Tinggi - Kulai.  Mesyuarat berlangsung selama dua jam dan berakhir jam 12 tengahari.  Lepas mesyuarat,  singgah sekejap kubikel kawan-kawan lama semasa bertugas di kolej Bukit Senyum.  Borak punya borak sekejap jer dah hampir jam 1. Bergegas Sk bergerak pulang kerana nak ambil Iman balik dari sekolah.


Dan..  Teruslah ajak Iman makan Nasi Padang Highway ni. Haaa..  Sk memang panggil tempat ni nasi padang highway kerana kedudukannya di hadapan lebuhraya Pasir Gudang-Taman Perling.  Nama sebenar tempat ni ialah Restoran Nasi Padang Insan Kamil,  pandai-pandai jer kan tukar nama. 
(Sumber gambar : Facebook Bigbundle Main)


Sumber Gambar : Facebook BigBundle Main


 Datang sini semata-mata nak makan sambal ijo ni.
Bagi Sk, di sini antara restoran nasi padang di JB yang menghidangkan masakan asli padang terbaik.
Terdapat pilihan  sambal padang ijo dan sambal padang merah.
Pelbagai jenis masakan kering berlado, masakan gulai dan masakan yang dibakar atau dipanggang.
Tapi pilihan Sk tetap sambal ijo dan terung bakar.



Biasanya Sk akan ambil Paru Berlado tapi semalam rasa macam takde keinginan nak makan paru.
Gulai urat tu berapa kali jelling nak ke tidak, sebab Iman tak makan urat takut tak mampu nak habiskan seorang.

Lepas tu, minta jugaklah akak kedai tu potongkan urat sekeping rupanya semangkuk beso dapat.
Macam nak pitam menghabiskannya oi.
Pujuk-pujuk Iman pun dia tetap tak nak cuba makan urat.
Sabo ajelahhh!
Nasib baik sedap.. Nasi Padang Highway tak pernah tak sedap.




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam sedap kak..pedas tak? Eh macam tak logik soalan tu kan..hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Sila lah ke blog saya https://akuman85.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hahahahhaa....ni yang kat big bundle tuh kann.. tak penah lak ain nak cubanya.. selalu dtg masuk bundle terus balik.

    ReplyDelete
  4. sambal ijo tu pedas ke? ada tak macam sambal belacan. nasi padang pun saya tak pernah makan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!