PULUT MANGGA THAI FOODFEST

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum... 


SETIAP kali pergi ke mana-mana Pesta Makanan Thai, Pulut Mangga sentiasa ada dalam senarai. Malah, jika diberi pilihan antara Pulut Mangga dan Pulut Durian, Pulut Mangga sentiasa menjadi pilihan. Suka sangat, dulu, kini dan selamanya.. gituuuu.

Jadi, semalam sebelum pergi ke Original FoodFest Thai Malaysia tu, memang dah aim nak beli Pulut Mangga. Walaupun dah selalu buat sendiri, tapi kali ini rasa teruja bila  nampak pulut cantik-cantik berkaler macam ni, hahaha. 
Rasanya mereka gunakan cara asli mewarnakan pulut seperti penggunaan bunga telang (biru), daun pandan (hijau) dan kunyit (kuning).. mungkinlahhh.



Sebungkus RM7, Tiga bungkus RM20 jimat RM1 aje.
Nak beli satu tak cukup, beli dua teringat pulak yang seorang lagi tu, hahahah.
Sos santan tu rasanya tak manis tau, rasanya sedap lagi rasa sos santan yang biasa Sk buat sendiri tapi bila digandingkan dengan pulut dan mangga, wallaaaaaaaaaaaaa.. rasa pulut manga Thai yang sentiasa jadi rindu-rinduan. Susah nak dapatkan tekstur dan rasa pulut tu sebiji macam ni.

Jadi, bagi anda yang nak merasai sendiri keaslian pulut manga Thai, jom cepat-cepat ke Original FoodFest Thailand Malaysia

Nak resepi Pulut Mangga Thai, klik sini!




Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uih.,..,sedap tu kak...bila nak ada lagi kat pasir gudang ni..nak makan makanan thailand la pulak...hahahah

    ReplyDelete
  2. perghhhh menyelerakan! malam tadi makan pulut mangga gak..tapi dekat amphawa..haha

    ReplyDelete
  3. warna warni pulutnya. kat amphawa sedap amat. hari tu makan kat pesta makanan thai jugak tapi tak kena kat tekak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!