Assalamualaikum...
BERAKHIRLAH waktu untuk cuti cuti cuti kerja cuti kerja kerja cuti cuti cuti yang mengesyokkan sepanjang September ini. Walaupun ramai yang mengambil kesempatan mengambil cuti terus menerus sepanjang minggu ini, namun Sk memilih untuk bekerja seperti biasa sebab rasa macam nak cuti panjang hanya selepas Iman habis peperiksaan nanti.
Pehhh.. Nampak macam Iman tengah pulun study ek, tak pun.. Study macam biasa aja budak seorang ni. Kalau nampak macam manjang study tu buat assignment yang ditugaskan guru sahaja di samping menyiapkan kerja-kerja sekolah. Jimba tetap berjimba katanya.
Kali ketiga Sk ke Big Bowl Ice yang terletak di Taman Impian Emas ni. Sebenarnya sejak Jumaat rasa tak sedap badan, rasa nak demam, batuk dan selsema tapi tataw pasaipa ketegaq sangat nak makan aiskrim dan snow ice di BBI ni. Masa nak bayar di kaunter tadi pon tetiba terbatuk-batuk, sabo ajelah.. Apa-apapun berjaya layan sampai habis, kali ini Sk bawa Baby baby Boy yang cute mute sape lagi Encik Rizar kita laaa..
Selalu kami minta Choc Snow Ice tapi kali ni kita cuba pula Milk Snow Ice dengan Mango dan Longan. Rasanya Sk lebih menggemari Milk Snow Ice ditambah dengan rasa masam manis mangga tu memang syoklah layan walaupun tengah batuk. Tapi eloklah pulak masa makan ni tak batuk pulak.
Setiap kali datang, mesti minta Chocoberry Waffle ni. Waffle yang gebu dihidangkan bersama aiskrim strawberry dan coklat serta buah strawberry dan pisang.
Waffle tu tetap gebu sehingga ke potongan yang terakhir begitu juga aiskrim tetap cool walaupun diletakkan di atas waffle yang baru dibakar.
Spring Onion Prata, ini pertama kali pesan, sedap jugaklah sampai kekenyangan makan tiga beranak.
Kali ini Iman memilih Double Chicken Waffle, bagi Sk set ini amat berbaloi, kalau anda datang berdua bolehlah berkongsi sebab ada dua set Chicken Waffle tu. Tu yang Iman pun tak habis makan bawa balik entah bilalah nak makan tu pun tatawlah.
Apa yang bestnya di BBI ni ada ruang parkir yang banyak dan luas, kakitangan yang mesra, kedai yang bersih dan yang pasti hidangan yang sedap dan menggiurkan.
Jom ke Big Bowl Ice
No 22 Jalan Impian Emas 7
Skudai, Johor.
wahhh...menarikk..boleh ajak budak2 rumah nanti..diorang suke bingsoo2 gini
ReplyDeletePort dating zaman study dekat Melaka dulu. Tak sangka kat JB dah ada. Boleh laaa nanti dating kat sini hahahahaha.
ReplyDeleteNampak sedap3
ReplyDeletetak pernah jejak lagi. selalu je nampak kat fb. tak sangka menu nya unik-unik.mau terkedu nak makan apa kalo masuk sini.
ReplyDeleteWowwww dh macam anak kita si kakak .
ReplyDeleteKalau makan tmpt mcm ni, semua menu kalau boleh nak di amiknyaaaa ...
Nanti nk try gak laaa .
wahhh giniiii kenaaa tryy niii....
ReplyDelete