MAKAN DI ASTONS JOHORE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum...


ASYIK layan Asam Pedas ajekan,  apa kata kali ini Sk membawa anda ke Astons Johore yang kini dibuka di Paradigm Mall,  JB.  Astons Steak House ini sememangnya tidak asing lagi bagi warga Singapura dan kali ini ia mencuri tumpuan warga JB yang ingin menikmati hidangan steak yang mewah dengan harga yang berpatutan. 


Ini kali pertama Sk ke sini dan sangatlah kagum dengan dekorasi restoran berimejkan koboi.  Tidak lama menunggu kami didatangi pelayan restoran yang mengambil pesanan. 


Pembuka selera seperti biasa Iman dan Encik Rizar memilih Nachos. 
Mexican Nachos ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu beef atau chicken. Bagi Sk tiada yang istimewanya Mexican Nachos ni, cuma sos keju dan bolognese yang agak wangi dan pelik rasanya.  Nasib baiklah sos keju tu sedap. 


Chargrilled Chicken untuk ER. 
Kita boleh pilih dua side dish dari 14 pilihan yang ada dan ER memilih coleslaw dan Mashed Potato. Untuk keseluruhan hidangan ini Sk bagi 4 bintang,  sos chargrilled tu cukup perfect rasanya dan ayam dipanggang sempurna walaupun agak tebal. 
Tersandar oi lepas makan ni.. Memang berbaloi-baloi. 


Pilihan Iman Teriyaki Chicken. 
Maklumlah Iman muka mamak tekak Korea,  kekeke..  Habislah dia merajuk kalau baca ni,  hahaha. 
Iman pilih Coleslaw bersama dengan Mac & Cheese sebagai hidangan sampingan ayam yang dipanggang dengan kicap,  hehehe. 
Yang ini Sk bagi 3.8 bintang.  Coleslaw kat sini memang sedap giler dan side dishnya memang selambak begitu dia bagi,  puas makan taklah kita dok terkuis-kuis demi nak berjimat,  hehehe. 


Macam mana tah boleh terminta Bolognese Spaghetti,  Iman macam tak percaya tengok muka mak dia makan bolognese maklumlah mak dia kan kipas susah mati sos carbonara,  hahahaha. 
Serius tak sedaplah sos bolognese dia,  rasa wangi dan pelik, kalau tau tadi minta chicken grilled jugak macam dua beranak tu,  hahaha. Oh ya,  sos bolognese ni macam sama dengan sos cicah nachos tadi,  hehehe. 


Tengah-tengah makan,  pelayan datang hantar Mushroom Soup dengan Garlic Bread.  Lepas tu,  Sk tengok ER,  ER tengok Sk,  siapa yang order ni?  Bila kami panggil pelayan dam bagitahu kami tak ada pesan ni,  dia bagitahu ia memang didatangkan sekali bersama  Bolognese Spaghetti tu..  Ooo..  Begitu..  
Mushroom soup tu pekat likat macam banyak tepung tapi sedap jugaklah demi menghilangkan rasa sos bolognese yang tak berapa tu,  huwa huwa huwa. 


Kliklah gambar bagi besar kalau nak tengok harga.  Kalau tak nampak jugak maknanya anda kena datang sendiri ke Astons Johore ni,  hahaha. 

Sebelah Astons ada A&W tau,  lama tak pergi,  jom lepas ni kita pergi A&W pulak..  Biar gemuk baru nampak bahagia,  tak gitu??? 


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. terliur tengok mashed potato n coleslaw.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Menarik... Nanti LeYa ke JB lagi boleh singgah sini..

    ReplyDelete
  3. kemain dia jjcm. menu western nampak sedap tapi belum ada rasa keinginan ke sini lagi. kalau nak gi boleh la rujuk blog SK ni.

    ReplyDelete
  4. Amboi..nak g A&W pulak lepas tu..hahhaha

    ReplyDelete
  5. Dia punya daging steak tu, bikin jiwa kita bergetarrr okay!

    ReplyDelete
  6. Iman muka mamak tekak Korea....bahahahahaahahahahahahahahahahhahahahaha...gelak2 ainnnn bacaa..Iman macam tak percaya tengok muka mak dia makan bolognese maklumlah mak dia kan kipas susah mati sos carbonara,.....ahahahhahahahaaa.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!