MAKAN DI ASAM PEDAS TOK JANGUT

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...

TETIBA Pak Inche Sk teringin sangat nak makan Asam Pedas Pontian. Sk memang suka beno la sebab tak yah nak masak,  tak yah kemas dapur.  Yabedabeduuuu!! Tapi,  asam pedas yang mana?

Alaa... Yang dekat tambak tu...  Kata ER.

Hurmmm..  Macam tau... Menuju ke sanalah kami lepas maghrib malam Jumaat lepas.  Tapi..  Tutupppp. Dah sudah,  terus blank nak makan apa,  lalu Sk mengajak ER makan di Medan Selera Bus Stand lama.  


Sampai-sampai..  Nampak signboard Asam Pedas Tok Jangut.. Ya tak salah eja... Memang jangut ejaannya,  hehehe.  Tak pastilah memang bunyinya Jangut atau salah eja yang pasti taukenya memang berjanggut..  Dan..  Berjanggut jugak kami menunggu makanan sampai..  Kui kui.


Sebaik duduk kami dilayan dengan begitu efisyen oleh seorang staf Tok Jangut. 
Disebabkan pertama kali datang,  Sk meminta pencerahan tentang harga asam pedas yang ditawarkan di sini.  Ini penting tau biar jelas berapa harga makanan yang kita pesan terutama masakan signature macam ni supaya tidak ternganga apabila dihulurkan bil. 
Menurut staf tersebut,  harga yang dipaparkan merupakan harga bagi satu set hidangan asam pedas ikan yang merangkumi sepinggan nasi putih,  sayur,  sambal belacan dan telur masin.
Setiap ikan akan datang dalam satu kelar kecuali ikan kembung (seekor). 
Okey,  dah faham semua,  mari kita pilih ikan. 


Antara ikan-ikan yang boleh dipilih untuk dimasak asam pedas. ER memilih set ikan merah manakala Iman memilih set ikan siakap. Sk cuma tambah satu set nasi sahaja tanpa ikan. Nanti kita ngecek jer ikan dari dua beranak tu,  hahaha. 


Malam masih muda,  orang pun belum ramai lagi tapi beberapa meja telah pun diduduki. 
Seronok juga makan dekat sini sambil dihembus bayu laut.  Bagi yang ada anak-anak kecil di sini turut ada padang permainan dan sewaan kereta mainan untuk anak-anak dengan kawasan yang agak lapang.


Selain asam pedas,  Tok Jangut juga menjual hidangan tradisi hari raya seperti ketupat, burasak dan loi serta lauk pauk raya.  
Juga ada pelbagai jenis sup seperti sup tulang,  babat dan gear box.  ER raba-raba perut, cepat-cepat Sk sabarkan,  kahhhh. 


Dan...  Setelah hampir berjanggut menunggu dan angin pun dah mula up 😂😂😂
Akhirnya sampai jugaklah Asam Pedas Ikan Merah untuk ER. 


Dan asam pedas ikan siakap untuk Iman. 
Lepas tu tunggu-tunggu nasi tambah untuk Sk punyalah lambat,  cepatlah..  Orang nak review ni haaa... Karang bagi dua bintang,  marah pulakkkk! 


Sampai jugak nasi,  haaa..  Baru boleh makan dan rasa sedap tak sedap asam pedas Tok Jangut ni kan. Terus ambil sesudu asam pedas dan suap ke mulut.  Oi... Sedapppp..  Tak sia-sia lama tunggu bak komen seorang kawan Sk,  asam pedas kena masak lama baru power.  Boleh dikatakan ini antara asam pedas yang terbaik pernah Sk makan.  
Rasa cili,  bawang,  asam dan garamnya sangat seimbang dan cili dikisar sungguh sempurna tak ada biji lada langsung.  Yang penting tak perlu risau cili tertampal atas gigi lepas makan,  hahaha. 
Sk bagi 4 bintang. 
 Tolak satu bintang sebab lambat..  Lambat tu sampai suruh kira harga pun lambat... Huwa huwa huwa.

Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lambat tapi sedap..tak jadik nak marah la.

    ReplyDelete
  2. hahahah..aduii..ramai sangat keee sampai berjangut tunggu semuanya..tapi kak seri sebut sedap tu sampai ke tekak saya kecur tau

    ReplyDelete
  3. cantik kedainya. uhuuuhui.. CT makan asam pedas pari je. ritu pegi kat kedai viral sedap kat Melaka katanya sedap tapi hampeh hehehe..

    ReplyDelete
  4. hahahhhaa..siap tolak satu bintang...hahahhahaaa...ain suka betul baca penulisan kak seri..boleh feel ohhh rasa biji cili tak melekat...hahahhaha...

    ReplyDelete
  5. Kalau lambat, boring juga menunggu.
    walau pun sedap jadi serik nak datang lagi.

    ReplyDelete
  6. Bebetul berjanggutt nii, ahahahha~ Niceee...boleh singgah nantiiii~

    ReplyDelete
  7. Patut pn nama tok janggut. Kena tunggu berjanggut laa eh. Hahahaha. Naseb sedapppp. Sini kena pergi nih! Uyul dah laa suka asam pedas.

    ReplyDelete
  8. Lepas ni jangan raba perut, tapi kasi picit-picit skit lemak tu sambil cakap 'comel laa awak' hahahahaha

    ReplyDelete
  9. kalau tunggu dah berjanggut..suruh ler pak janggut sediakan sesuatu supaya customer dia tak berjanggut...heheheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!