MAKAN DI EYE'S STEAK KILANG BATERI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum…

BARU-BARU ini, Sk mengajak teman-teman team JDT Blogger untuk mengadakan gathering secara kecil-kecilan. Lagaknya macam dah lama tak jumpa, kan.. padahal boleh dikatakan setiap minggu berlaga bahu. Tu belum lagi di WhatsApp group, ada aje yang nak disembangkan. Nasib baiklah keypad handphone sekarang digital kan, kalau main tekan-tekan macam dulu-dulu, mahu tanggal dok bersembang sampai tengah malam, hahaha.

Masa sembang-sembang tulah terkeluar cerita tentang Café berkonsepkan western yang sedap dan harga berpatutan yang ada di JB ni. Eye's Steak Café, sebelum ni pun Sk pernah ke sini diajak Encik Rizar, boleh baca ceritanya di sini. Jadi, kali ini Sk ajak pulak adik-adik team JDT Blogger ni. Tapi kan.. ada minah ni lagi cepat pergi, amboiii.. tinggalkan kita ya.. takpa.. takpa.. hahaha.


Sengaja buat gathering awal supaya tak terkejar-kejar dan bertembung dengan ramai orang. Maklumlah, hari minggu hari bergembira, kan. Eye's Steak dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. Jadi, masa kami sampai tu memang lengang sangatlah, tidak lama kemudian baru ada pengunjung yang lain.


Antara menu yang tercatat di papan hitam yang dipamerkan di hadapan kedai. Sk kan ada sejenis perangai tak boleh tengok papan macam ni, mesti nak ambil gambar dan teringin nak rasa masakan yang disediakan di situ.


Sirloin Steak.
Kepingan daging lembu yang dihidangkan Bersama sos lada hitam.
Dua hidangan sampingan iaitu salad dan kentang goreng.
Kentang goreng yang rangup dan sos lada hitam yang tidak masin, kalau masin memang kalahlah nak habiskan, hehehe. Sirloin sedikit kering, lain kali kena minta dia buatkan medium rare baru juicy.


Mac & Cheese kegemaran Sk. 
Tak tahulah kenapa suka sangat makan pasta dengan keju ni, sajalah tu nak tebalkan lelemaks, hahaha.
Kalau anda ada anak-anak kecil tentu mereka sukakannya.


Spaghetti Carbonara yang tentunya tidak mengecewakan kerana kuahnya yang pekat.
Pernah beberapa kali Sk jumpa carbonara macam kuah lemak tapi yang ini just nice orang kata.


Grilled Lamb Chop with Aglio Olio Pasta.
Juga dihidangkan Bersama salad dan Sos Lada Hitam yang sedap.
Kalau Sk, suka cicah-cicah aje masa makan.


Fajitas Chicken.
Dua kepingan dada ayam dipanggang dan dicurahkan sos nachos yang sangat sedap.
Sampingannya sayur campuran yang digoreng ala stir fry.


Meatball Pasta yang menjadi kesukaan Iman.
Bapak Iman pun suka, hahaha.
Boleh tahan sos yang digaul Bersama pasta, bukan sos Bolognese tau.


Amacam meleleh tak tengok, hehehe.
Oh, ya.. selain dari pasta anda juga boleh memilih nasi goreng untuk dinikmati Bersama steak pilihan.


Bagi penggemar seafood, Sk cadangkan anda Marinara Pasta.
Aduh, telan ailio sambal menaip ni haa..


Bagi yang sukakan yang asli, nahhh Bolognese Spaghetti untuk anda.
Pastinya tidak mengecewakan.


Antara minuman yang disediakan di sini.
Pilih sama ada Ice Blended, Jumbo Drink, Float atau minuman ringan 

Jom ke Eye's Steak 
KILANG BATERI
No 83, Jalan Tampoi

DIBUKA SETIAP HARI - 5 PTG - 12 TGH MLM




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. LeYa pun hari tuh pergi makan dengan family di kilang bateri ni... Tapi belum up lagi story...hehe...busy sangat..

    ReplyDelete
  2. wehuuu...saya pun sukaaa mac & cheese!

    ReplyDelete
  3. wah...saya suka sangat makanan western

    ReplyDelete
  4. Saya suka semuanya !!! Jom Kak nanti teman kita pulak ke sini .. tggu gaji hehehehe

    ReplyDelete
  5. ceritaaa diaaaa tak segan nakk recommend fajitas chicken diaaa tuhhhh..ya ampunn dappnyewww

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!