ORIGINAL KLATE DI RESTORAN PANTAI TIMUR CEK YAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum... 


MASAKAN dari Negeri Cik Siti Wan Kembang sememangnya menjadi kegemaran Sk. Dari nasi kerabunya, laksamnya, mee celupnya, gulai kawahnya.. semualah Sk suka. Walaupun tak dapat jadi menantu orang Kelantan, namun itu semua tidak menghalang Sk untuk terus meminati masakan dari Kelantan ni, hehehehe.

Kalau di JB ni, kita memang boleh jumpa banyak sekali kedai makan dan warung sarapan yang menyajikan masakan istimewa dari Kelantan. Kali ini, Sk nak bawa anda ke Restoran Masakan Pantai Timur Cek Yah yang menjanjikan sajian asli dari Pantai Timur.



Restoran Pantai Timur Cek Yah ini merupakan cawangan restoran milik Cek Yah yang terletak di belakang Masjid Kampung Melayu Majide. Bagi mereka yang pernah ke sana tentu tahu konsep hiasan dalaman restoran Cek Yah yang menggunakan kayu-kayu palet untuk meja makan dan bangku di kedainya. Nampak tak daya penariknya di situ, makanan sedap dan deko santai merupakan antara factor yang membuatkan ramai yang suka berkunjung ke sini.

Jadi, bila Cek Yah membuka cawangannya di Taman Gembira, Tampoi, Sk memang sukalah sebab kemudahan meletak kenderaan di sini lebih luas berbanding di Kampung Melayu.




Tidak sahlah kalau anda ke kedai masakan Kelantan tanpa menikmati Gulai Kawahnya yang piau!
Dagingnya pula dimasak cukup lembut dan empuk.
Jangan lupakan sambal belacan Kelantan yang lain dari yang lain.
Sambil tu gigit sedikit ikan masin.. pehhhh.. heaven!


Menjamu selera beralaskan kertas macam ni memang kesukaan Sk



Datang waktu sarapan untuk menikmati Nasi Kerabu atau Nasi Dagang berlaukkan Gulai Tongkol.
Nampak tak cili hijau tu, tulah yang paling nikmat bila tergigit, kahhhhhh.

Burpppp! Alhamdulillah.

Kalau anda nak tengok lauk lain, bolehlah datang sendiri ke Restoran Pantai Timur Cek Yah di Taman Gembira, Jalan Tampoi.


Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uiii mengancam gileee nasi dagang dia...
    Yang kt belakang Mesjid tu pernah sekali je pergi, tapi kalau bagi Lin ermm biasa je..yang piau betul kat Paka hahahahaha :p

    ReplyDelete
  2. saya suka gulai kawah. apa tu nama ek.. sama tak dengan nasi kak wok? tiber..

    ReplyDelete
  3. perghhhh nasi kerabuuuuu tu menganciammm

    ReplyDelete
  4. ayam peha tuh siapa yang punyaaa..hahhahhaa....terliurrr betulllll..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!