Assalamualaikum...
SYOK giler bila dapat cuti bersambung ni. Bagi warga Johor yang cuti hujung minggu jatuh pada Jumaat Sabtu, hari ni masih lagi bercuti kerana menggantikan cuti merdeka yang jatuh pada Jumaat lepas. Ramai yang tanya, berjalan ke mana cuti panjang ni? Tak ke manalah awak. Jalan dalam Johor aje memandangkan Iman masih dalam tempoh peperiksaan percubaan SPM. Nantilah tunggu bulan doblas baru leh berjimba sepuasnya, hahaha.
Dari kelmarin Pak Inche berhajat nak makan Nasi Lemak Daun Pisang. Ingatkan masak nasi lemak biasa cukuplah tapi dia nak jugak daun pisang, siap beli semalam semasa ke Pasar Tepi Sungai Pontian. Maklumlah, rumah taman mana nak cari pokok pisang. Kalau ada pun, pokok pisang orang, hehehe.
Kena letak mangkuk sambal extra sebab dua beranak ni memang hantu sambal.
Bungkus! Sk dah terror tau bungkus nasi lemak, hahahha. Terrorlah sangat!
Lampu meja makan blow. Ingatkan ada mentol extra sekali mentol lampu tidur daaa. Kata ER ni dah macam makan kat kedai Tomyam, hahaha.
Perut dah kenyang.. Jommm melingkauuuu...
cantik je tempat makan dia.lain macam sedap bila dapat makan nasi lemak daun pisang ni.
ReplyDelete