MAKAN DI ASAM PEDAS ASLI PONTIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...

DAH tersampuk Asam Pedas barangkali,  kelmarin sekali lagi Encik Rizar mengajak ke Pontian untuk menikmati Asam Pedas Asli Pontian. Asam Pedas Asli Pontian merupakan restoran milik mualaf (orang asli)  dan memang agak popular juga cuma Sk jer yang baru pertama kali sampai. Tak silap restoran ini cuma beroperasi di sebelah siang sahaja.


Hiasan dalam restoran.  Masa kami sampai dah habis waktu makan tengahari,  dah hampir pukul tiga rasanya jadi keadaan dalam restoran agak lengang cuma ada beberapa meja dipenuhi pelanggan yang sedang menjamu selera. 


Pilih ikan.  Tak ada pilihan,  cuma ada ikan jenahak dan udang sahaja.  Harga dikira mengikut harga pasaran per 100 gm seperti seafood restaurant yang lain. 


Tadaaaa..  Tak sampai setengah jam semua hidangan telah siap dihidangkan di atas meja.  Antara servis yang terbaik Sk pernah jumpa,  semua makanan sampai serentak dengan cepat.  Taklah kita tertunggu-tunggu. 


Asam Pedas Ikan Jenahak. 
Disebabkan semua tiga beranak ni jenis tekak lembut kami memilih bahagian badan.
Kuah asam pedasnya pekat,  cukup rasa asam dan garamnya,  memang sedap dan tidak mengecewakan bagi penggemarnya.  Sampai kering kuah asam pedas tu dikerjakan kami tiga beranak,  hahaha. 


Telur dadar wajib ya kalau makan asam pedas.  Kami juga memilih Kangkung Goreng Belacan,  yang ini kurang power la,  tak bileh lawan kangkung belacan bubur nasi istimewa.
ER juga nak Sotong Masak Kicap yang ni pun biasa ajelah,  sotong pun kecik-kecik jer. 



Udang Telur Masin.  
Selain asam pedas,  udang telur masin ni Sk rekomen sangat. Udang tu pun dah siap kopek tapi tak mengecut pun isinya masih tebal lagi dan amat terasa manis isi udang tu.  Sos butternya ada yang tersedikit masin mungkin kerana tukang masak turut mencampurkan putih telur masin dalam masakannya. 

Apa... Ada soalan? 
Harga semua kena berapa? 


Nak datang lagi tak? 
InsyaAllah,  jika ada rezeki.
Jika anda nak datang ke sini,  mudah aje. 
Restoran ini terletak dalam kawasan perdagangan Pontian berdekatan Bank Islam Pontian. 

Sehingga jumpa lagi di cerita makan yang lain,  wassalam. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tersampuk takpe janji perut kenyang..
    Jangan tersampuk lain, kang kena cari ubat hahahaha...

    Menjilat bibir nengok udang telur asin tu..yumsssss

    ReplyDelete
  2. kecur liur nengok asam pedasnye tuuu

    ReplyDelete
  3. wahhhh.. sedap.. dah kenyang lapar lagi tgk ni. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!