RESEPI SIAKAP KAENG SOM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

DAH beberapa hari tekak ni teringin nak makan Ikan Siakap masak Asam Pedas Siam atau dikenali sebagai Siakap Kaeng Som.  Kalau di buku-buku menu Kedai Tomyum,  ianya ditulis sebagai Siakap Kengsom yang suatu masa dulu Sk fikir apalah tu Siakap Kengsom,  hehehe.

Resepi Siakap Kaeng Som ini kebelakangan ini mula viral di laman-laman sosial. Apa yang membuat Sk tertarik untuk mencubanya adalah disebabkan penggunaan nanas dan kebetulan di rumah memang ada nanas.  Cuma yang tak ada siakap.  Jadi,  masa ke pasar hari tu,  Sk mengendeng siakap seekor dengan Pak Inche siap dengan pesanan ikan tu Sk nak masak kengsom,  jangan suruh masak stim pulak,  hahaha. Lepas tu nampak nanas lawo kat pasar,  kita belilah sebiji,  lupakan nanas yang ada di rumah.  Jom,  semak resepi.


Siakap Kaeng Som

Bahan Kisar :
3 tangkai cili merah
11 tangkai cili padi hijau
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2" kunyit hidup
1/2" belacan

Bahan lain :
Seekor Ikan Siakap dipotong 
2 batang serai diketuk
1/2 biji nanas dipotong kecil
5 - 6 tangkai sayur kangkung (Sk tak letak) 
2 cawan air
Jus dari sebiji limau nipis
Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk atau kuali. 
2. Masukkan air dan didihkan. 
3. Bila sudah mendidih,  masukkan serai dan nanas,  renihkan sekejap. 
4. Masukkan ikan, masak kira-kira 6 - 7 minit. Jika ada sayur kangkung bolehlah dimasukkan masa ni. 
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan jus limau nipis. Kacau sekejap. 
Siappp!! 

Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. memang kena letak nenas eh resepinya. macam asam rebus pun ada eh.

    ReplyDelete
  2. aah macam asam rebus ek..arwah mak suka masak gini.. ya ampun sedap

    ReplyDelete
  3. kita pernah merasa lauk ni....ya ampun terliurrrrrr habissss.....sedappp sgttt..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!