MAKAN MALAM.. MALAM MERDEKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH,  Sejak minggu lepas,  Iman dah mula menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia. Memang tak sabar rasanya nak tunggu Iman menghabiskan sesi persekolahannya tahun ini.  Biar cepat habis periksa,  biar cepat hilang debarnya,  gituuuu..  Hahaha.

Tahun ini Iman tak mengambil banyak kelas tuisyen seperti tahun-tahun dulu.  Kami memilih untuk Iman belajar sendiri di rumah.  Memilih menghadiri kelas tuisyen bukan sahaja badan penat, terkejar-kejar ke sana ke mari malah banyak kerja sekolah yang terpaksa disiapkan sehingga ke tengah malam.  Jadi,  konsepnya belajar di rumah. Iman cuma ambil kelas Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan sahaja. Itulah salah satu sebab juga kenapa Sk dah jarang makan di luar sekarang.

Sempena cuti panjang merdeka kali ini, dapatlah kami makan di Ong Shun. Lama dah rindu Sotong Sambal dan Salted Egg Chicken di sini katanya.  Lagipun Iman tak ada kelas tambahan pagi Jumaat seperti kebiasaan, tu yang rajin nak keluar malam tu,  hehehe.


Ini lah Sotong Sambal.  Sk memang rekomen siapa yang datang sini supaya order sotong sambal ni.  Bak kata Iman,  tak pernah mengecewakan. 


Salted Egg Butter Chicken. 
Yang ini Sk makan sehingga ke titisan terakhir,  hahaha. Walaupun pandai masak sendiri tapi bila makan yang orang lain masak nikmatnya lain tau. 


Baby Kailan Oysters. 
Pergilah makan mana-manapun mesti nak makan sayur ni.  Kat rumah pun ini antara sayur yang selalu ada dalam stok. 


Daging Blackpepper.  Pak Inche kata dia nak makan daging juga dan daging ni yang sampai dulu selepas lama menunggu.  Apalagi,  meratahlah..  Harimau menangis wo tak dapat makan daging ni. 


Tetiba Pak Inche order jugak Chicken Lemon. 
Yang ni Sk pandang sebelah mata jer sebab dah ada Salted Egg Chicken,  hehehe. 


Passion Fruit Juice,  air kegemaran kamj di sini. Dan nampak tak air tu dah luak,  kalau dah banyak tu luaknya maknanya dah lama tunggu. Kenapa tah lama beno nak sampai makanan malam tu padahal taklah penuh pun.  Sabo ajelahhh. Tu yang dengar ada yang sampai ke dapur nak tolong masak,  hahahaha. 

Sehingga jumpa di cerita makan yang lain. 
Wassalam. 
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!