'YOU VS FOOD' COMPETITION @ OASIS THISTLE

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...


'YOU VS FOOD'
haaa..  Selalu kita suka makan, kan. 
Agaknya kalau makanan tu boleh bercakap mesti dia minta tolong kita jangan makan dia. 
Kali ni hamekkk..  Macam nak mampus dibuatnya nak menghabiskan burger 12" dari Oasis Restaurant,  Thistle Johor Bahru ni. 
Burger tu agaknya kalau hidup mesti dia gelak nak pecah perut tengok macam mana kita nak makan dia,  hahahahaha. 


'YOU VS FOOD' merupakan Pertandingan Siapa Paling Terror Makan Burger anjuran Hotel Thistle Johor Bahru yang diadakan pada 31 Ogos lalu di Oasis Restaurant,  Thistle JB sempena Ulangtahun Kemerdekaan Negara kita yang ke 61. 


Ia merupakan salah satu cara bagi mempromosikan menu burger baru di Glass Restaurant dan sebagai langkah awal satu pertandingan 'What Is' telah dijalankan melalui facebook dan instagram yang dimenangi oleh Mr Vignesa Kalidevan.


Bayangkan..  
Baru sahaja melepasi saringan Makan 6 biji burger bersaiz standard,  anda diminta pula untuk beraksi ke pertandingan peringkat akhir dengan menghabiskan Burger setinggi 12" ini.
Termenung terus tengok burger tu ya bang. 
Cemana nak ngap ni?? 

Amboiii.. Bukan main gelak abang kat sebelah sana tu ya.. Jom kita tengok dia dekat sikit.  


Rasa nak demam pun ada agaknya. 
Sk yang kat situ pun jadi gerun dan rasa nak tolong aje makankan burger yang nampak sangat lazat tu. 

Rugi bang oi kalau tak dihabiskan,  hehehehe. 

Seramai 31 orang peserta melalui cabaran di peringkat saringan sebelum dua peserta ini terpilih ke pertandingan akhir. 


Turut menarik perhatian pertandingan menghias burger dan si cilik ini amat menarik perhatian Sk kerana keberaniannya bertanding bersama-sama peserta yang lebih senior. 


Jom ke Oasis Restaurant dan nikmati pizza kegemaran anda dengan hanya RM18 sahaja. 


Juga 15 jenis pasta dengan 18 jenis sos bermula pada harga RM18. 
Juga pilihan pelbagai burger dengan patty ikan,  ayam,  kambing,  lembu,  arnab dan sayuran dengan hanya RM18 sahaja. 

Oasis Restaurant
Thistle Johor Bahru
Jalan Sungai Chat
80100 Johor Bahru

Tel : +607 2229234
 Fax : +607 223 2718
Email : info@thistle.com.my
Website : www.thistle.com/malaysia
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tak sabarr nakk ajakkk kengkawann merasaa pasta dengan pizza dia tuhh.hhehee...murah je...kihkihkihihhkihh..

    ReplyDelete
  2. Amboi imannnnn amazingggg dia punya nganga tuhhhh. Hahahahah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!