Assalamualaikum...
SEJAK beberapa hari lepas, Iman asyik mengajak Sk ke Pesta Makanan Thai. Entah mengapa, sejak pergi ke satu pesta makanan Thai yang diadakan di Kempas suatu masa dulu, Sk jadi serik pulak nak pergi lagi. Cakaplah di mana pun ada pesta makanan Thai, bagi Sk cukuplah sekali merasa siksanya menempuh kepadatan manusia dalam sebuah ruang khemah yang sempit.
Tapi kali ini rasa macam hati dah terbuka semula pulak. Walaupun jauhhhhh di sudut hati tu rasa leceh nak fikir tempat parking, rasa malas nak tempuh orang ramai, rasa menyampah nak mengadap jem tapi kita kuatkan semangat demi satu misi. Misi apa tu? Makanlah.. Apalagi.. Jom!
Sebaik sahaja memasuki perkarangan tapak pesta, Iman kata.. Macam kat Padang Besar pulak, hihi. Oh ya, selain Food Festival, juga berlangsung jualan lelong di tapak bersebelahan Food Festival. Nampaknya Food Festival kali ini penganjurannya lebih baik dengan ruang khemah yang lebih besar dan selesa. Banyak meja disediakan di bahagian tengah khemah khusus bagi mereka yang ingin makan di sini terus. Laluan ke setiap gerai juga luas.. Atau mungkin sebab Sk sampai masih awal lagi dan orang belum ramai.
Walaupun temanya Sajian Makanan Asli Thailand dan Malaysia namun gerai makanan Thai mendominasi. Sk dan Iman sendiri memilih untuk menikmati masakan Thai.
Berpuluh-puluh jenis hidangan asli Thai dihidangkan, kalau datang dengan perut yang lapar dan duit yang banyak pasti semuanya hendak dibeli.
Sotong Bakar.
Nasib baik semalam baru makan Sambal Sotong. Alaa... Setakat sotong ni dah biasa jumpa kan kan kan.
Sebenarnya terbeliak mata dengar harga sotong.. Hahahaha.
Pulut Mangga kaler-kaler.
Yang ni simpan dulu hajat. Tak sah kan kalau ke Thai Food Fest tak beli Pulut Mangga.
Tungguuuuuu...
Kembang Semangkuk macam bunga kekwa.
Ini kuih goyang atau kuih ros tapi lawo giler kembang setaman.. Lupa pulak nak tengok acuannya.
Baby Crab.. Ini antara makanan yang menjadi feberet Sk tapi nantilah kita pusing-pusing dulu. Tak silap ada dua kedai yang jual baby crab ni dan ada pelbagai perisa antaranya paprika dan cheese.
Aik! Sampai dua kali amek gambar sotong.. Berkenan ke??
Kalau suka bolehlah meminang.. Kui kui.
Bagi Sk masyarakat Thai adalah orang yang paling kreatif dan gigih dalam donia dalam menyediakan hidangan yang rumit seperti menggoreng telur puyuh sebiji demi sebiji.
Cakap dengan Iman, telur aje pun. Sama aje rasanya tak kisahlah telur apapun kalau digoreng memang tetap rasa telur, hahahaha.
Alasan tamo beli.. Kahhhh.
Kita beli makanan yang kita tak pandai masak la... Ini Laksa Thai.
Menggunakan laksa beras dengan ulam-ulaman serta sambal belacan dihidangkan bersama kuah lemak. Rasa macam laksam pun ada.. Sedap dan tidak mengecewakan tapi sejak balik petang tadi dah dua kali keluar masuk tandas. Apakah???
Kerabu Maggi.
Ini bukan tak pernah makan malah adik Sk Cik Embun pakar dalam menyediakan kerabu maggi ni tapi Iman teringin. Layannnnn...
Biasa makan kerabu maggi kering tapi yang ini agak berkuah. Rencahnya udang, jejari ketam dan bebola ikan.
Baby Crab berperisa paprika.
Rasa manis berempah macam tu.
Air Jagung jangan dilupa padahal asalnya berangan nak minum teh ais Thai.. Takda rezeki, lain kali datang lagi.
Original FoodFest Thailand Malaysia ni akan berlangsung di tapak letak kereta Larkin Sentral sehingga 9 September ini.
Cepat.. Jangan menyesal sebab tak sempat datang.. Sk undur diri dulu..
Wassalam.
P/S Nanti kita cerita pasal Pulut Mangga pulak tau.
gerammnyaaa ain nengok baby crab tuhhhhh..perghhhh..
ReplyDeletekecur tengok tapi bercinta pulak rasa nak ke sana hehehe
ReplyDeleteok boleh pergi esok or sabtu..teringin kuetiaw tomyam dia..sedap sangatt..kambing bakar pun selalu ada..nak ajakk ibah!
ReplyDeletesuka telur puyuh msk sambal.. sedap yeee
ReplyDeleteAkakkkk sotong tuuuu sedapnyaaaaa.
ReplyDelete