Assalamualaikum...
CERITA pagi ini, rindu nak makan Kuey Teow Sup di Kampung Kemboja. Lama sangat tak datang sini dan kehadiran kami disambut dengan senyuman meleret kedua suami isteri warga Kemboja yang mengusahakan kedai kecil ini. Tak perlu cakap banyak, bagitahu jer nak macam biasa terus mereka ke dapur menyediakan hidangan.
Hurmmmm... Nampak tak daging penuh semangkuk. Setiap suapan mesti ada daging dan isi-isinya. Tak payah berjimat makan daging sebab memang mewah isinya dan tidak kedekut. Semangkuk macam ni cuma RM8 sahaja.
Kuey Teow jenis halus yang digunakan.
Memang puas makan hari ni. Nak letak sambal banyak manapun pun boleh tapi berpada-padalah, nanti sakit perut sendiri susah, kan.
Char Kueh.. Liat sikit bila dah sejuk. Orang Kemboja suka cicah sup atau kopi tapi Sk cicah sos cili aje. Hahha.. Macam tak kenyang-kenyang pulak ko ya Sk... Muahhaha!
Oooo kita panggil Mee Celup..
ReplyDeleteBelakang rumah ada jual..sedap! Tak payah gi jejauh..
Aishhh Malam ni macam nak beli pulak hahahaha
sedapnya kak..rasa teringin plak nak makan...
ReplyDeleteehhh halusnyeeee kuey teow tuuu...first time tengok!
ReplyDeletekampung kemboja kat mana tu kak SK. nmpak sedap betul mee sup nya. leleh air liur
ReplyDelete