YEE MEE SIZZLING - Alam Sari Di Tanah Jauhar

YEE MEE SIZZLING

Assalamualaikum... 

DAH lama beli Yee Mee ni tapi tak sampai-sampai seru nak masak, akhirnya malam tadi terlaksana sudah hajat Encik Rizar nak makan Yee Mee Sizzling dari airtangan Sk.

Kalau makan kat kedai tak puas katanya,  ayam secoet,  cendawan dua lai,  sayur tak ada,  telur kecik,  cili jeruk kedekut 😆😆😆
Malam tadi makan puas2.

Memang tak sangka la menjadi sangat Yee Mee Sizzling ni,  kepada yang nak mencuba Sk memang rekomen resepi ni,  berbaloi-baloi. 


RESEPI : YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong kecil
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air sedikit).
4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
5. Masukkan cendawan.  Biarkan 2 - 3 minit.
6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. 
Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Selamat mencuba...


Sumber: 
https://m.facebook.com/KedaiOnlineMamaEr/photos/a.1623821097932475/1684396418541609/?type=3

6 comments:

  1. Nampak menarikkk. Bila makan, mee tu memang seketul camtu ek kak? Dia tak jadi lembut ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, mee tu nanti kita lerai2kan dgn senduk biar meresap kuah, tu gambar sebelum dilerai2 mee tu

      Delete
  2. Anak2 kaknoor mesti suka ni makan mee yg basah2 macam ni nk copy resepi tunggu rajin nak buat lah best tu sbb ada cili kering kt atas tu

    ReplyDelete
  3. wahh.. sedap tu kak seri.. si kakak tu suka sangat makan yee mee sizling ni.. tp dia makan mee ngan kuah tu je.. yg lain2 isi x makan.. haha

    ReplyDelete
  4. ni pebret ain ni.... malas betul nak masak...selalu makan dekat food court giant tampoi je.hahahaa...

    ReplyDelete
  5. Peberet anak-anak kita, tapi kita tak berapa suka..
    Yang namanya hotplate memang kita tak gemar huhuhuhu..tak tau kenapa ..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih