Assalamualaikum...
NASI Goreng Tomyum lagi, kali ini Sk masukkan seafood pulak. Apa sahaja kalau diletakkan seafood memang akan jadi berganda sedapnya, kan 😝😝😝
Tapi, yang sebenarnya nak habiskan stok-stok lauk lebih yang ada dalam peti sejuk, kah kah kah.
Sotong dari lauk Sotong Padprik yang Sk masak minggu lepas ada sikit, Udang Goreng pun ada sikit, Daging Sambal pun ada sikit. Jadi kita asingkan semua dari kuahnya, jadikan rencah dalam nasi goreng. Pes tomyum pun memang berbaki sesudu tu, terus lapang peti sejuk Sk, hehehehe.
Sedap sangat nengoknyaaa...lama x masak ..dan memasak hahahaha
ReplyDelete