UBAT HATI DI AMPHAWA BOAT NOODLE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum... 

BALIK sekolah semalam,  Iman tak ceria macam selalu.. Rupanya paper PA Kertas 2 susah katanya,  terserlah kecewa di wajahnya.  Tanya nak makan kat mana pun tak tahu..  takde selera.. Sk pun tak ada idea nak pergi mana, sampai siap berpusing satu Bandar Baru Uda,  kah kah kah. 

Sebenarnya memang Sk dah plan,  nak bawa dia makan di tempat lain.  Bosan juga asyik-asyik makan tempat yang sama. Pergi Anjung Selatan pun best jugak tapi bila tengok Iman dengan muka sedih tu,  kalau bawa ke Anjung Selatan ada lagi haru karang,  hahaha.  Tahu-tahulah,  macam nak berjuang kalau nak makan kat sana.  Kalau jiwa tak kental,  toksahlah nak pergi ke sana pada waktu puncak. 


Dari Uda,  Sk terus memandu keluar ke jalan besar menghala ke istana.  Haish!  Nak pergi mana ni?  Terus teringat bulan puasa lepas Iman nak sangat makan kat Amphawa tapi full house..  Terus buat keputusan ke Amphawa,  nekad jer parking kat tepi-tepi lorong tu, sebab tak ada kupon parking. Sampai ke Amphawa,  terkejut jugak sebab tak ada meja kosong kat bawah.  Hajat hati nak makan sebelah air terjun,  kan.  Nasib baik ada satu je meja kosong di tingkat atas,  betul-betul sebelah air terjun. Cakap dengan Iman, nahhh.. tenangkan hati tengok air terjun tu,  terus dia senyum. 


Pilihan Sk, Thai Yellow Curry Seafood Rice.
Udang tiga ekor dengan dua cebisan sotong kot.
Sedap jugalah, tak mengecewakan.



Untuk Iman, Tomyum Gung Seafood Rice
Sup tomyam bersantan tu sedap betullah, macam makan di Carabao Restaurant rasa dia.


Steamed Squid With Chilli Lime Sauce
Sotong agak liat tapi sos lime tu pedas-pedas manis masam memang sedap.


Sejukkan hati dengan Mango Ice Blended.
Yang ni Iman bagi 5 bintang.


Tengok bila kita nak ambil gambar dia, tak ceria macam selalu kan.


Senyumlah anakku
Masa depan masih jauh
Semoga semuanya yang manis untukmu



Berhijrah ke alam remaja
Menguji kekuatan jiwa
Tiada semanis impian
Sesungguhnya hidup pengorbanan

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. serious rasa nak meleleh air liur tengok tomyam dia SK, kita kalau ke sini, memang suka makan tomyam dia..sedap giloss

    ReplyDelete
  2. Kita baru plan dengan kawan nak ke sini malam ni hehehehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!