ROTI TELUR DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...


KISAH malam tadi, disebabkan Encik Rizar katanya kenyang sebab dah makan tengahari masa jumpa client di KotaTinggi dan Iman pun kata tak lapar sangat,  maka Sk ambil kesempatan untuk mencuba resepi Roti Telur Sardin yang viral di fb sekarang. Itupun dah malam sikit baru buat bagi dorang lapar sikit,  hehehe. 

Sk gantikan sardin dengan daging cincang/kisar sebab dua beranak ni kan tak makan sardin tapi yang peliknya sandwich sardin makan pulak,  huhhu. 

Awak semua dah buat belum?  
Rugi kalau tak cuba, katanya... 


Resepi Roti Telur Daging

Bahan-bahan :
1 mangkuk kecil daging cincang
1 bawang besar potong dadu
Cili padi jika suka pedas letaklah banyak
2 tangkai daun bawang (hiris) 
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
2 - 3 biji telur
4 - 5 keping roti (potong 2)

Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan kecuali roti hingga sebati. 
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak,  biar minyak panas dahulu. 
3. Kemudian baru celup roti dalam bahan 1 yang telah dicampur tadi.
4.Goreng macam roti telur yang selalu mak2 kita buat dulu bila roti expired..  Kah kah kah! 

Selamat mencuba 😘😘😘

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. macam menarik, mesti sedap sebab gigit-gigit roti ada cebisan daging..semoga seorang sunah rajin nak cuba buat juga!

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try juga buatnya...sekarang diet memasak hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!