KISAH SAMBAL SOTONG DAN PASAR TANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

SEJAK cuba masak Chilli Crab ala ala Seafood Chinese Restaurant hari tu,  terus tersuka masak sambal letak cuka.  Meletop!


Cerita pasal sotong ni Sk geram pulak bila teringat.  Beli sotong ni dari seorang peniaga di Pasar Tani Jalan Datin Halimah.  Masa nak beli ni,  nampak kedai berdepan sikit dengan dia, harga beza RM10. Memanglah patut beza,  sebab kedai depan tu sotongnya besar sikit dari yang ni.  Encik Rizar nak yang besar tu tapi Sk kata,  sama jugak..  Nanti kita masak potong-potong jugak sotongnya.  Jadi,  kami ambil keputusan beli dekat kedai ni. 

Sk perasan, peniaga ni macam Sk pernah jumpa di Pasar Orang Asli Permas.  Itu tak kisahlah, Sk terus minta sotong sekilo. Kemudian datang seorang makcik ni,  nak beli sotong juga. Dia pun pilih-pilih.  Terus kena marah sebab pilih sotong.  Makcik tu pun naik angin sekali jugak tapi agaknya dah terpaksa beli dekat situ,  sebab situ jer yang murah sikit harga sotongnya. 

Tak boleh pilih katanya. Tapi cara cakap tu kasar betul.  Pakkal bukan Sk yang kena kalau tak,  Sk humban balik sotong tu 😂😂😂


Haaa..  Inilah dia sotongnya. Sotongnya Sk potong dua jer.  Yang panjang sikit Sk potong tiga. Sk masak macam sambal tumis cuma tak letak jus asam jawa sebaliknya ganti dengan cuka.  Memang lain rasanya dari sambal sotong yang biasa Sk masak. 

Sambungan kisah peniaga di Pasar Tani tu,  minggu lepas Sk ke sana lagi. Dari jauh Sk dah dengar suara dia menengking-nengking pelanggan.  Amboi,  kemahen lagi,  mentang-mentanglah pelanggan tu bukan orang Malaysia,  cakap bukan main kasar. 
Sk perati jer kau makcik. 
Sk dah cakap dengan ER,  tak nak lagi beli dengan dia.  Kalau boleh rasa nak canang dekat Pasar Tani tu jangan beli apa saja jualan dia. Sombong nak mampus mentang-mentanglah orang ramai pergi kedai dia. 
 Eh,  sakit pulak hati kita! 


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau SA yang kena memang SA x beli la kat makcik tu aih...biar la mahal sikit janji hati tak sakit

    ReplyDelete
  2. Kalau kita masak sotong pulak memang sekor-sekor, takde potong=potong..sebab Suami kata kalau dah potong, baik dia beli sotong kecik je huhuhu

    ReplyDelete
  3. ni la kisah sotong potong tak potong tu eks..hahahahah! eh menarik juga letak cuka, kalo buat sambal nasi lemak, boleh ke nak tukar asam jawa kepada cuka jugak? nak try lah esok!

    ReplyDelete
  4. Habissss tergugat iman ini....hahahahhaa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!